OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Tiga insiden pokok tumbang akibat hujan lebat, angin kencang

Tiga insiden pokok tumbang akibat hujan lebat, angin kencang

KUALA TERENGGANU - Sebanyak tiga insiden pokok tumbang direkodkan berlaku di Terengganu berikutan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JPBM Terengganu Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Basri Kamarazaman berkata, kesemua insiden itu menyebabkan kerosakan terhadap struktur rumah serta kedai makan akibat kejadian angin kencang serta hujan secara berterusan.

 

"Insiden pokok tumbang berlaku di Kampung Sungai Buaya Dungun pada Jumaat manakala semalam (Sabtu) pula melibatkan Rumah PPRT Kampung Darat Kolam Kerteh serta Pantai Kerteh, Kemaman.

"Kesemua insiden menyebabkan struktur dua buah rumah dan sebuah kedai makan mengalami kerosakan teruk. Namun tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Muhammad Basri berkata, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati serta elakkan berada di kawasan yang mempunyai pokok besar ketika cuaca buruk berlaku.

"Jadi masyarakat di negeri ini diingatkan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang mempunyai pokok besar terutama pokok sudah berusia dan menampakkan tanda-tanda mulai reput.

"Elakkan berada berdekatan pokok yang berisiko tumbang ketika cuaca hujan serta angin kencang," ujarnya.

Pada Selasa lalu, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri selama tiga hari bermula Jumaat.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan,

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search