OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan

Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan

KOTA TINGGI: Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Azmi Rohani berkata, daripada jumlah itu terdapat lima laluan yang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
 
"Berdasarkan maklumat yang dibekalkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor laluan terbabit ialah FT003 (Seksyen 51.50 - 51.70) Jalan Johor Bahru - Endau, FT091 (Seksyen 2.50 - 2.60) Jalan Kota Tinggi - Kluang dan FT092 (Seksyen 34 - 34.5): Jalan Kota Tinggi - Sg Rengit.
 
"Turut ditutup ialah FT99 (Seksyen 42.50 - 43) Jalan Lok Heng / Mawai / Sg. Mas dan J172 (Seksyen 1.80 - 2.00): Jalan Mawai Lama (Rumah Burung)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
 
Sementara itu, terdapat lima jalan di daerah ini hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja.
 
"Ia membabitkan FT003 (Seksyen 60.00 - 61.00) Johor Bahru - Endau (Yatama City) dan FT003 (Seksyen 46.00 - 46.10) Johor Bahru - Endau (PS Tebrau).
"J175 (Seksyen 0.20 - 0.40) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Tmn Aman), J179 (Seksyen 8.0 - 8.10) Jalan Perani (Ladang FIMA) dan J175 (Seksyen 2.80 - 3.30) Kg Lukut Cina - Kg Batu Ampat (Kolam Ikan)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
 
Menurut Azmi, di Kluang terdapat satu jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja iaitu FT050 (Seksyen 71.0 - 71.20) Jalan Batu Pahat - Jemaluang.
Tinjauan di Jalan Lukut Cina berdekatan Taman Aman dan Taman Mawai yang sebelum ini ditutup kepada semua kenderaan telah dibuka dan boleh dilalui oleh kenderaan ringan. - Sinar Harian
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search