OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Unit Udara JBPM lakukan 100 jam penerbangan Medevac sepanjang tahun lalu.

Unit Udara JBPM lakukan 100 jam penerbangan Medevac sepanjang tahun lalu.

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah melakukan sebanyak 100 jam penerbangan Medical Evacuation (Medevac) bagi membantu membawa pesakit ke hospital sepanjang tahun lalu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bahagian Udara, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I), Mohd Ruzaidi Ramlee, berkata jumlah penerbangan itu membabitkan tiga Pangkalan Udara iaitu di Subang, Selangor, Bertam, Pulau Pinang dan Miri, Sarawak.

Katanya bagi keseluruhan jumlah penerbangan bagi ketiga-tiga pangkalan Udara untuk operasi Medevac pula adalah sebanyak 56 penerbangan.

"Daripada jumlah 56 penerbangan ini, sebanyak 36 penerbangan adalah di kawasan Gua Musang sahaja untuk mengambil Orang Asli yang sakit dan tidak dapat keluar dengan menggunakan jalan darat.

"Manakala daripada jumlah 100 jam penerbangan di kawasan Gua Musang itu, ia membabitkan 60 jam masa penerbangan sepanjang tahun lepas.

"Penerbangan di daerah ini banyak disebabkan oleh terdapat 20 perkampungan dan pos Orang Asli di kawasan pedalaman. Selebihnya operasi Medevac turut dilakukan di Langkawi dan Sarawak termasuk di pedalaman Miri," katanya ketika ditemui, di sini.

Tambah beliau lagi bentuk muka bumi di daerah ini dengan majoriti ketinggian 3,000 kaki turut memberi cabaran kepada jabatan itu dalam melakukan operasi Medevac.

Katanya, selain operasi Medevac Unit Udara JBPM juga turut melakukan operasi penghantar bakul makan kepada penduduk terjejas banjir.

"Terbaharu kita baru tamatkan operasi menghantar bakul makan kepada lebih 1,000 keluarga Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan musim tengkujuh.

"Selain operasi Medevac dan penghantaran bakul makanan, kami juga turut melakukan operasi mengambil mayat pendaki yang meninggal ketika mendaki gunung.

"Kami di Unit Udara JBPM akan sentiasa bersiap sedia dan akan memberi komitmen penuh dalam membantu masyarakat yang memerlukan khidmat kami," katanya.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search