OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir di Kelantan, Perak, Johor tak berubah

Banjir di Kelantan, Perak, Johor tak berubah

KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang sedang melanda Kelantan, Perak dan Johor tidak berubah dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri berkenaan kekal setakat 8 pagi ini.

Di PERAK, mangsa banjir kekal 307 orang daripada 59 keluarga yang masih berlindung di PPS Dewan Kampung Asli Chinggung di daerah Muallim.

Jabatan Pengairan dan Saliran Perak pula memaklumkan Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya dengan merekodkan bacaan 3.11 meter (m) berbanding paras normal.

Di KELANTAN, jumlah mangsa kekal dengan 38 orang daripada 10 keluarga dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh, Rantau Panjang.

Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran iaitu 8.0m berbanding paras bahaya 9.39m malam tadi.

 

Situasi sama direkodkan di JOHOR dengan jumlah mangsa kekal 69 orang daripada 17 keluarga dan ditempatkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat di daerah Kota Tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani menerusi kenyataan berkata selain itu, rekod bacaan paras air di stesen Sungai Simpang Kanan di Parit Belemam, Batu Pahat masih berada di paras amaran dengan bacaan 2.31m. – BERNAMA

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search