OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir di Terengganu pulih, 2 PPS terakhir ditutup pagi ini

Banjir di Terengganu pulih, 2 PPS terakhir ditutup pagi ini

KUALA TERENGGANU: Banjir di negeri ini pulih sepenuhnya selepas semua mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang malam tadi.

Dua PPS terakhir yang menempatkan mangsa banjir di Dewan Terbuka Kampung Belaoh dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La di Besut ditutup pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, PPS Dewan Terbuka Kampung Belaoh yang menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga dan PPS SK Kampung La (sembilan keluarga membabitkan 32 mangsa) ditutup jam 9 pagi tadi.

Banjir gelombang ketiga membabitkan beberapa kampung yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai di tiga daerah, Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman dengan bilangan tertinggi keseluruhan mangsa yang dipindahkan adalah seramai 673 orang daripada 182 keluarga.

Secara keseluruhan sebanyak 18 PPS dibuka sepanjang tempoh tiga hari daerah terbabit dilanda banjir. Ia membabitkan 12 di Hulu Terengganu, Besut (lima) dan satu di Kemaman.

Banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak Ahad lalu menyebabkan beberapa kampung berhampiran sungai dan yang berada di kawasan rendah dinaiki air.

Hulu Terengganu paling tinggi merekodkan mangsa yang dipindahkan iaitu 424 mangsa daripada 114 keluarga diikuti Besut (238 mangsa, 63 keluarga) dan Kemaman, satu keluarga membabitkan 11 mangsa.

 

 

 

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search