OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jalan tenggelam akibat banjir, bomba guna helikopter hantar bekalan barang keperluan

Jalan tenggelam akibat banjir, bomba guna helikopter hantar bekalan barang keperluan

SETIU: Helikopter terpaksa digunakan bagi menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke beberapa kampung yang terputus hubungan di kawasan Langkap, di sini.

Barangan dihantar adalah bahan mentah seperti beras, gandum, air bersih dan pelbagai keperluan asas lain yang kesemuanya dianggarkan seberat 350 kilogram.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Bomba Nor Mahathir Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan helikopter berikutan jalan utama ke kampung berkenaan ditenggelami air sedalam tiga meter sejak malam tadi.

"Penerbangan menggunakan Agusta Aw 139 diketuai Kapten Rozaidi Ramli bersama tujuh kru termasuk pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Operasi penghantaran bekalan makanan itu bermula jam 10 pagi dan selesai jam 11.15 pagi," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Nor Mahathir berkata, selesai penghantaran bekalan keperluan kepada mangsa banjir di Langkap, pesawat kemudian ke Gua Musang menghantar 20 tan bekalan ke Pos Orang Asli yang terputus hubungan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search