OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa bumi 7.3 magnitud landa vanuatu

Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa bumi 7.3 magnitud landa vanuatu

SUVA: Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda Vanuatu, lapor agensi berita Xinhua.

Gempa berlaku pada 12:47 waktu tempatan pada Selasa, dengan kedalaman 43 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (US Geological Survey).

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kerosakan pada bangunan yang menempatkan kedutaan Amerika Syarikat dan Perancis, serta Suruhanjaya Tinggi New Zealand di Port Vila.

Video lain turut memaparkan sebahagian bangunan di jalan utama bandar itu runtuh, merosakkan kenderaan yang berada berhampiran.

Foto yang disiarkan di media sosial juga menunjukkan tanah runtuh memusnahkan sebahagian pelabuhan Port Vila dan ramai penduduk tempatan yang masih gagal dikesan.

— BERNAMA-XINHUA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search