OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga Khamis

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga Khamis

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Khamis ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 12 tengah hari Selasa, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, amaran hujan berterusan tahap waspada itu berkuat kuasa sehingga Khamis di Kelantan, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang.

“Di Pahang ia membabitkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di tiga lagi negeri iaitu Johor, Sarawak dan Sabah bermula Khamis ini hingga Ahad depan,” katanya.

Mohd Hisham berkata, di Johor ia melibatkan Mersing dan Kota Tinggi di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Katanya, di Sabah cuaca itu dijangka melanda Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan ini, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” ujarnya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search