OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Penduduk risau jika peristiwa ‘bah kuning’ berulang lagi

Penduduk risau jika peristiwa ‘bah kuning’ berulang lagi

Paras air yang meningkat dengan cepat akibat hujan lebat sejak Isnin lalu mengingatkan semula penduduk Kampung Limau Kasturi di sini dengan peristiwa ‘bah kuning’ yang melanda penempatan mereka 10 tahun lalu.

Penduduk, Siti Zubaidah Udin, 64, berkata air dari Sungai Kerak melimpah ke penempatan berhampiran sedalam kira-kira dua meter dan hampir menyamai situasi yang pernah dialami sewaktu banjir besar 2014.

“Dalam tempoh tiga jam sahaja air dari Jambatan Kerak sampai ke rumah penduduk. Kami bukan sahaja terputus jalan perhubungan malah mula cemas memikirkan air mungkin terus naik jika hujan masih berlanjutan.

“Keadaan banjir kali ini berbeza sewaktu gelombang pertama baru-baru ini kerana ketika itu paras sungai naik secara perlahan. Dalam tempoh tiga jam air dari Jambatan Kerak sampai ke rumah penduduk berdepan semula banjir 2014,” katanya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, kelmarin.

Siti Zubaidah berkata walaupun bencana besar itu sudah lama berlalu, dia masih trauma bahkan gelombang kedua banjir membuatkannya bertambah resah kerana kesihatannya mudah merosot pada musim tengkujuh ini disebabkan menghidap asma.

Ahmad Ab Rahman, 46, berkata limpahan air sungai mula masuk ke laluan kampung pada jam 8 pagi dan siren amaran banjir terus mengeluarkan bunyi menandakan paras air semakin meningkat di penempatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Limau Kasturi Aluwi Muda berkata susulan kejadian itu hampir 3,000 penduduk terjejas dan terputus hubungan.

Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan hanya satu sungai di Gua Musang berada pada paras waspada iaitu Sungai Galas di Limau Kasturi dengan bacaan 57.88 meter.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search