OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Hanya tinggal 649 mangsa di PPS 6 negeri pagi ini

Hanya tinggal 649 mangsa di PPS 6 negeri pagi ini

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terus berkurangan dengan hanya 649 orang daripada 184 keluarga berada di 11 pusat pemindahan sementara PPS sehingga jam 6.30 pagi tadi.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir ialah 352 orang daripada 92 keluarga masih ditempatkan di satu PPS dengan sebuah daerah sahaja terjejas banjir.

Di Perak, seramai 117 mangsa daripada 39 keluarga ditempatkan di tiga PPS manakala di Johor pula 109 mangsa daripada 33 keluarga di empat PPS.

 

Di Kelantan pula, bilangan mangsa banjir terus menurun dengan hanya 43 orang daripada 12 keluarga di satu PPS begitu juga di Negeri Sembilan iaitu 17 mangsa daripada empat keluarga di satu PPS.

Situasi banjir di Melaka juga hampir pulih, apabila hanya 11 mangsa masih berlindung di sebuah PPS.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search