OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan

Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan

SABAK BERNAM: Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu juga diambil bagi memastikan kelancaran operasi sekolah yang sering terjejas akibat banjir dan bencana lain.
 
Beliau menjelaskan setakat ini sembilan PPK sedang dalam perancangan untuk dibina, sekurang-kurangnya satu di setiap negeri, bergantung kepada peruntukan yang diberikan.
Menurutnya, PPK juga dapat menampung kapasiti yang lebih tinggi.
"Pada masa ini, PPS disediakan di sekolah-sekolah yang berlokasi tinggi, tetapi kos penyelenggaraan semula sekolah selepas digunakan sebagai PPS adalah terlalu tinggi. Situasi ini amat membebankan sekolah, terutamanya apabila kelas-kelas perlu dibaiki semula," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Jalan Luar Bandar di Jalan Peket 100, Simpang Lima, Sungai Besar.
Ahmad Zahid yang juga memberitahu, penyediaan PPK itu akan dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Beliau juga menegaskan bahawa banyak sekolah tidak mempunyai dewan yang sesuai untuk digunakan sebagai PPS.
Oleh itu, menurut Ahmad Zahid, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kewangan akan memastikan keperluan ini disantuni melalui perancangan dan pelaksanaan yang lebih teratur.
Sebelum ini NADMA dilaporkan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lapan lokasi di seluruh negara yang bakal dijadikan PPK bagi menempatkan mangsa banjir termasuk sebuah lagi yang sudah siap dan boleh digunakan di Johor.
Lapan lagi lokasi yang dikenal pasti di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Johor, Perak dan Pulau Pinang dalam proses tender terbuka untuk pembinaan yang mengambil masa 15 bulan untuk disiapkan.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search