OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

KPM laksana penilaian kos kerosakan sekolah terjejas banjir

KPM laksana penilaian kos kerosakan sekolah terjejas banjir

BUTTERWORTH: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan penilaian bagi mendapatkan jumlah kos untuk kerosakan dialami sekolah yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sudah memperoleh maklumat bilangan sekolah yang terbabit banjir gelombang pertama.

 

"Gelombang pertama kita sudah ada bilangannya, cuma sedang dikenal pasti dari segi unjuran kos (kerosakan) yang terbabit.

"Pada masa sama, kita juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan lain (banjir gelombang kedua)," katanya selepas menyertai acara larian Khazanah Reformasi Walk di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM juga meningkatkan persiapan banjir gelombang kedua bagi calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini.

"Setakat hari ini saya berpuas hati dengan semua persiapan yang kita laksanakan, jadi minggu depan kita ada ujian amali sains dan juga diikuti ujian bertutur Bahasa Inggeris.

"Jadi persiapan dalam keadaan sangat baik, Ops Payung pun sudah diaktifkan untuk sebarang kejadian ataupun bencana," katanya.

Terdahulu, KPM dalam satu kenyataan media memaklumkan mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung bagi menghadapi Ujian Amali Sains SPM yang dijadualkan berlangsung pada 9, 10 dan 12 Disember ini.

Langkah itu penting bagi memastikan ujian berkenaan dapat berjalan lancar dan tiada calon terjejas.

Ia susulan amaran Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) mengenai hujan berterusan yang dijangka berlaku sehingga 11 Disember di tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Perak dan Johor yang berkemungkinan mengakibatkan gelombang kedua banjir.

KPM sebelum ini memaklumkan, semua calon SPM terjejas akibat banjir berjaya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang bermula 2 Disember lalu selepas operasi memindahkan mereka melalui Ops Payung selesai sepenuhnya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search