OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ujian Bertutur SPM diteruskan

Ujian Bertutur SPM diteruskan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan Ujian Bertutur Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di semua negeri terjejas banjir termasuk Kelantan, Terengganu dan Kedah seperti yang dijadualkan bermula hari ini hingga Khamis selepas mengambil kira nasihat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai situasi Monsun Timur Laut (MTL) yang berkemungkinan berpanjangan sehingga Februari 2025.

“KPM sedia melaksanakan peperiksaan dalam situasi banjir berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung dan Pelan Tindakan Menghadapi MTL.

“KPM juga bekerjasama dengan agensi seperti NADMA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan peperiksaan SPM berjalan lancar,” katanya pada Sidang Media Khas Pengurusan Banjir KPM dan Persiapan Peperiksaan SPM di sini, semalam.

Fadhlina berkata, seramai 5,377 calon SPM dikenal pasti terjejas akibat banjir di tiga negeri iaitu Kelantan seramai 3,111 calon, Terengganu (1,734 calon) dan Kedah (532 calon).

Beliau berkata, semua calon terjejas banjir akan ditempatkan di asrama atau digerakkan ke pusat peperiksaan alternatif bagi memastikan kesemua calon dapat keselesaan untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual ditetapkan.

Fadhlina berkata, setakat ini, pemindahan calon terkesan banjir sedang dilaksanakan di semua peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di ketiga-tiga negeri khususnya di Kelantan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search