OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Air Sungai Kelantan melimpah ke bandar Kota Bharu – Polis

Air Sungai Kelantan melimpah ke bandar Kota Bharu – Polis

PASIR MAS: Bandar Kota Bharu sudah dinaiki air sedalam kira-kira dua meter berikutan air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja yang melimpah sejak 12 tengah malam tadi dan menunjukkan trend menaik.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, polis sedang melakukan persediaan untuk memindahkan mangsa banjir sekiranya menjejaskan pusat pemindahan sementara (PPS) sedia ada.

“Limpahan air sungai berlaku kerana air pasang di tempat lain dan bertembung dengan air Sungai Kelantan,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Balai Polis Repek di sini hari ini. – BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search