OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: Cuti agensi KPKT, termasuk bomba dibekukan serta-merta

Banjir: Cuti agensi KPKT, termasuk bomba dibekukan serta-merta

KUALA LUMPUR: Cuti beberapa agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dibekukan serta-merta susulan bencana banjir yang melanda di beberapa negeri ketika ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata KPKT antara barisan hadapan yang turut terbabit dalam bantuan mangsa banjir.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya mengumumkan bahawa cuti semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dibekukan segera.

"Turut dibekukan ialah cuti bagi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN)," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Media KPKT, di sini hari ini.

Menurutnya, pihak SWCorp bersama JPSPN kini sedang bersiap siaga untuk digerakkan dalam masa terdekat bagi memberi bantuan di kawasan yang terjejas banjir.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, semua menteri dan timbalan menteri juga diarahkan turun padang ke kawasan bencana.

Untuk rekod, jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir yang melanda sembilan negeri meningkat kepada 90,273 orang berbanding 81,036 pada 12 tengah hari, hari ini.

Angka itu melonjak pada jam 5 petang dengan dua negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi.

Selain itu, negeri yang turut menunjukkan peningkatan mangsa banjir adalah di Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search