Banjir: 500 penduduk sedia 'naik' bukit
- Admin UKK
- Berita
Kuala Krai: Hampir 500 penduduk di Kampung Pasir Era di sini, kini bersiap sedia untuk menyelamatkan diri ke atas bukit selepas kawasan perkampungan mereka terkepung susulan jalan utama dinaiki air setinggi empat meter.
Katanya, sehingga pagi ini, hujan masih belum berhenti dan paras air sungai juga menunjukkan trend menaik.
"Lebih membimbangkan, anak saudara saya berpantang di rumah bersama bayinya yang berusia 10 hari dan pada masa sama, ibu saya, Zawiah Mat Salleh, 81, juga tidak sihat kerana sakit tua.
"Penduduk tidak berani mengambil risiko untuk mengharungi banjir kerana arusnya yang deras serta dalam," katanya ketika dihubungi.
Nazira berkata, bekalan makanan juga semakin berkurangan disebabkan kedai runcit yang menjual barang keperluan harian juga semakin kekurangan stok. "Saya bimbang jika keadaan berterusan begini, kami akan terputus bekalan makanan," katanya.