OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dana RM10J persediaan hadapi banjir di Pahang

Dana RM10J persediaan hadapi banjir di Pahang

Temerloh: Kerajaan Pahang memperuntukkan RM10 juta untuk perbelanjaan pengurusan bagi menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL) yang diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata bantuan membabitkan penyediaan dan pengagihan bantuan makanan, pakaian serta lain-lain keperluan asas kepada mangsa yang terpaksa berpindah selepas rumah ditenggelami banjir.

Selain itu, katanya, peruntukkan digunakan untuk penyelenggaraan pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir bagi memastikan keselesaan sepanjang di sana.

“Untuk daerah Temerloh diperuntuk sebanyak RM772,162 untuk penyediaan barangan kering seperti makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, garam, kopi, teh, kari ayam, sardin dan biskut berjumlah 53,552 tan.

“Sebanyak 17 lori tiga tan digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke 33 pengkalan hadapan daerah Temerloh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis flag off misi penghantaran barangan bekalan ke pengkalan hadapan daerah Temerloh bagi persediaan menghadapi musim MTL.

Menurutnya, selain dewan serba guna dan sekolah, turut dijadikan PPS ialah balai raya dan surau dengan setiap PPS mampu menempatkan antara 200 hingga 2,000 mangsa pada satu-satu masa.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search