OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir kilat melanda Klang selepas hujan lebat

Banjir kilat melanda Klang selepas hujan lebat

RAKAMAN banjir kilat melibatkan beberapa kawasan di Klang tersebar melalui video di media sosial yang menunjukkan air bah di kawasan itu melebihi paras buku lali.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan trafik bergerak perlahan hingga air masuk ke dalam kereta serta kediaman penduduk.

Bahkan kejadian itu turut mengakibatkan pokok tumbang dan mengganggu pengguna jalan raya.
 

Hujan lebat dilaporkan bermula pukul 1.30 tengah hari dan reda kira-kira pukul 3.30 petang.

Rakaman itu dikongsikan dalam satu video di akaun instagram milik Ashton Luke Alexander.

Ia memaparkan air banjir di jalan utama di Taman Sri Andalas sedalam paras buku lali dan setiap kenderaan yang melintasi laluan tersebut mewujudkan pergerakan seperti ombak yang menyebabkan air memasuki kereta orang ramai.

Ketua Penguatkuasa Majlis Bandaraya Klang, Andry Arman Masrom berkata, Pasukan Tindakan Segera (Pantas) yang mengendalikan situasi kecemasan itu mendapati beberapa longkang di kawasan kejiranan melimpahkan air.

“Kawasan yang terjejas akibat banjir ialah Taman Palm Grove, Taman Chi Liung, Taman Bayu Perdana dan sebahagian Taman Chi Liung. Pokok tumbang pula di Pandamaran dan Jalan Penghulu Abu Bakar di Kampung Jawa,” katanya.

Andry memaklumkan petugas telah menggunakan gergaji untuk memotong pokok tumbang di Jalan Penghulu Abu Bakar mengikut saiz dan mengalihkan sisa serpihan yang menghalang sebahagian jalan tersebut.

"Tiada punca yang dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya.

Seorang penduduk, Selvaraju Ponnusamy berkata, pemandu kenderaan yang melihat paras air pada paras buku lali itu bertindak membuat beberapa lencongan ke kawasan kejiranan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Longkang utama di Persiaran Seraya di Taman Chi Liung tidak melimpah," kata Selvaraju.

Sementara itu, melalui video yang dikongsikan KKDevan pula menunjukkan sebahagian Jalan Tengku Kelana di Little India Klang turut dilanda banjir kilat.

Devan berkata, banjir berada di paras tepi jalan dan air tidak mengalir ke kedai.

"Pejalan kaki terpaksa berteduh di laluan yang lebih tinggi di sepanjang kedai untuk mengelak banjir.

"Di lorong Jalan Pulasan dan Lorong Rembau di Little India, air kelihatan mencecah bahagian bawah kereta yang berada di tepi jalan," katanya. — The Star/EDWARD RAJENDRA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search