OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir: 34 penduduk daerah Kerian dipindahkan

Banjir: 34 penduduk daerah Kerian dipindahkan

IPOH - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai susulan banjir yang melanda daerah Kerian, menempatkan 34 penduduk setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, kesemua mangsa melibatkan 10 keluarga dipindahkan dari Kampung Matang Tengah sejak PPS dibuka pada jam 2 petang pada Rabu.

 

Hujan lebat berterusan di kawasan itu turut mengakibatkan berlakunya runtuhan tahan di laluan di FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak.

Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR), penduduk di kawasan terlibat dan sekitarnya diminta berjaga-jaga selain pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan.

Jalan alternatif di laluan A111 Alor Pongsu-Bukit Merah dibuka kepada semua kenderaan berat dengan bacaan paras air semasa di kawasan itu 0.42 meter.

Maklumat daripada Jabatan Metereologi (MetMalaysia) tiada amaran hujan berterusan dikeluarkan setakat ini, namun daerah Kerian diramal mengalami cuaca hujan dan ribut pada sebelah pagi sehingga malam.

Terdahulu, banjir di daerah Kampar pulih sepenuhnya dengan penutupan PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan pada 2 petang pada Rabu.

Semua 16 mangsa daripada lima keluarga masing-masing dari Kampung Batu 20 dan Kampung Baru, Kuala Dipang serta Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar pulang ke kediaman selepas keadaan lokasi terlibat disahkan selamat.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search