Tinjauan YB Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali ke Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, Sabah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
24 Disember 2022 - Sekitar tinjauan YB Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali ke Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, Sabah.
Lawatan tersebut bertujuan untuk membuat tinjauan lapangan bencana di Kampung Tanjuang Aru Baru, Kota Kinabalu. Susulan kejadian air pasang besar dan angin kencang yang berlaku sejak 2 hari lepas, sekurang-kurangnya 3 buah rumah roboh manakala 27 lagi telah mengalami kerosakan. Jumlah manga yang terlibat adalah sebanyak 210 orang daripada 39 keluarga. YB Menteri turut menzahirkan rasa simpati dengan musibah yang berlaku termasuk kesan di kawasan Pulau Gaya juga dalam daerah Kota Kinabalu, dan daerah Pitas serta bencana banjir di daerah Kota Belud.
Hari Terakhir Operasi Mencari dan Menyelamat Mangsa Kejadian Tanah Runtuh Batang Kali.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
24 Disember 2022 - Alhamdulillah mayat terakhir telah berjaya ditemui pada hari ke-9 sejak berlaku kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali. Setelah disemak semula, jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh Batang Kali adalah seramai 92 mangsa. Daripada jumlah tersebut, seramai 61 mangsa terselamat dan 31 mangsa disahkan meninggal dunia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas yang telah bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanTanggungJawabBersama
Penemuan empat lagi mangsa Kejadian Tanah Runtuh Batang Kali pada Hari ke-7 Operasi SAR.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Disember 2022 (Hari ke-7) - Penemuan empat lagi mangsa semasa operasi SAR dijalankan yang dipercayai keempat-empat mereka merupakan satu keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Berkat doa rakyat Malaysia, empat lagi mangsa telah dijumpai pagi ini, menjadikan tiga lagi yang masih hilang. Salam takziah kepada waris dan keluarga mangsa.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanTanggungjawabBersama
Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Seri Iman & Kawasan Bukit Mentok.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Disember 2022 - Sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Seri Iman & Kawasan Bukit Mentok.
Demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, YAB Timbalan Perdana Menteri memohon agar seluruh penduduk yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu.
Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik.
HARI KE-6 OPERASI SAR KEJADIAN TANAH RUNTUH BATANG KALI, JALAN GENTING HIGHLANDS
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 Disember 2022 (Hari ke-6)- Seluruh rakyat Malaysia menzahirkan rasa dukacita terhadap penemuan mayat mangsa ke-26 yang dijumpai pada pagi tadi. Setakat hari ini, mangsa yang belum dijumpai seramai 4 orang. Semoga ahli keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini. Mari sama-sama kita doakan agar operasi SAR yang diteruskan berjalan dengan lancar agar baki mangsa yang tinggal dapat dijumpai secepat mungkin.
