Kumpulan Kedua Pasukan Mencari Dan Menyelamat (SAR) Digerakkan Ke Turkiye
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Februari 2023 - Malam tadi pasukan kumpulan kedua misi mencari dan menyelamat SAR telah selamat berlepas ke Turkiye.
Komposisi jumlah anggota bagi kumpulan kedua ini adalah seramai 70 orang terdiri daripada 20 anggota SMART, 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan 20 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Mari kita doakan agar mereka selamat sampai ke destinasi dan segala urusan mereka dipermudahkan. Good luck team!
6 Februari 2023 - Misi SAR mangsa gempa bumi, seramai 70 orang anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia telah digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR.
Pasukan SMART, NADMA telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.
Jaga diri sahabat-sahabat, Semoga dipermudahkan semua urusan
Kunjungan Hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera di Wisma Pertahanan.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
2 Februari 2023 - Hari ini YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus selaku Ketua Pengarah NADMA Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang, TUDM di Wisma Pertahanan.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Parit Sulong, Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
31 Januari 2023 - Petang ini YAB Timbalan Perdana Menteri telah membuat tinjauan ke atas mangsa-mangsa yang ditempatkan di 3 buah PPS di Parit Sulong, Johor. Lawatan YAB TPM bermula di PPS SK Seri Medan yang menemapatkan seramai 264 mangsa terdiri daripada 78 KIR. Kedatangan YAB TPM telah disambut dengan tayangan montaj situasi banjir dan taklimat dari JPBD Batu Pahat.
Pergerakan YAB TPM diteruskan lagi ke lokasi kedua iaitu PPS Sk Seri Sejati dan berakhir di PPS Dewan Orang Ramai Seri Medan yang menempatkan 192 mangsa dari 49 KIR. Tinjauan di lokasi terakhir YAB TPM telah dipersembahkan dengan gimik penyerahan bot dari NADMA kepada tuan Pegawai Daerah. YAB TPM juga berpeluang beramah mesra bersama penduduk-penduduk di ketiga-tiga buah PPS.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Sesi Rakaman Temu Bual Ketua Pengarah NADMA bersama Stesen Radio Astro
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
26 Januari 2023 - Pagi ini Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Bin Idrus telah hadir ke Ibu Pejabat Astro bagi menghadiri slot temu bual bersama 5 buah stesen radio astro. Antara stesen radio terlibat adalah Radio Zayan, Sinar Fm, Gegar Fm, Era Fm dan Astro Radio News. Topik pada pagi ini berfokuskan kepada pengenalan apa itu NADMA serta jenis-jenis kepada bantuan yang disalurkan ketika Pasca Bencana. Pihak NADMA berharap dengan usaha kerjasama yang dijalankan dapat membantu orang awam menjadi lebih peka terhadap amaran bencana.
#PekaAmaran
#PatuhArahan
