OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Previous Next

Kunjungan Hormat Wakil Unicef atas Ketua Pengarah NADMA | 8 April 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children's Fund (UNICEF) atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA yang bertempat di Bilik Mesyuarat Ruan Changkul, Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya.
 
Delegasi UNICEF telah diketuai oleh Encik Robert Gass, Wakil UNICEF ke Malaysia dan diiringi oleh pegawai-pegawai UNICEF iaitu Puan Sanja Saranovic, Timbalan Wakil UNICEF (Program); Puan Nasha Chia Hwee Lee, Perunding Program (Iklim); Puan Jasmin Irisha Jim Ilham, Pegawai Program; Encik Sufyan Aslam, Konsultan Pengurangan Risiko Bencana; Encik Muhammad Farqani bin Mohd Noor, Perunding Dasar Sosial dan Puan Azlina Kamal, Perunding Pendidikan. Pihak UNICEF telah membentangkan berkenaan potensi kerjasama antara NADMA dan UNICEF dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana terutama melibatkan kanak-kanak selaku antara golongan rentan bencana.
 
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Ir Haji Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi; Encik Mohd Faizal bin Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial; Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Dasar dan Perancangan; Encik Readwan Jalil bin Salim, Penolong Pengarah Seksyen Mitigasi; Encik Aiman Na'im bin Muhammad Razif, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan; Puan Nurul 'Ain Nabilah binti Azmal, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan serta Encik Muhammad Aslam bin Adenan, Penolong Pengarah Seksyen Mitigasi.
Previous Next

Misi Penghantaran Barangan Bantuan Kemanusiaan Disaster Emergency Logistics System for Asean (DELSA) ke Myanmar Susulan Bencana Gempa Bumi | 5 April 2025
 
Telah berlangsung Misi Penghantaran Barangan Bantuan Kemanusiaan dari DELSA Warehouse Subang ke Myanmar yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
 
Turut serta dalam misi ini ialah Encik Shanmugam A/L Gopalan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA dan Encik Firdaus Akhimullah Munir Al Hakim, Penolong Setiausaha, Kementerian Luar Negeri. Barangan bantuan kemanusiaan yang telah dihantar ke Myanmar adalah terdiri daripada set dapur dan tarpaulin.
 
YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri Malaysia telah menyerahkan barangan bantuan kemanusiaan berkenaan kepada Menteri Luar Negeri Myanmar.
Majlis ini telah turut dihadiri oleh En Lee Yam Ming, Executive Director AHA Center. Penghantaran barangan bantuan kemanusiaan seterusnya akan dilaksanakan pada 7 April 2025.
Previous Next

5 April 2025 - KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor telah mencemar duli ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi meninjau keadaan mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana kebakaran paip gas pada 1 April yang lalu.
 
Keberangkatan Tuanku menunjukkan keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan rakyat yang terjejas. DYMM YDPA turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil Ketua Isi Rumah (KIR) dan melawat mangsa-mangsa yang terkesan.
 
Turut serta dalam lawatan ini ialah YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan YBrs. Encik Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA.
Previous Next

4 April 2025 - YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights bagi meninjau keadaan mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana kebakaran paip gas pada 1 April yang lalu.
 
Beliau telah diberikan taklimat oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor mengenai hal-hal kebajikan dan statistik semasa bagi mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut. Turut serta dalam lawatan ini ialah YBrs. Encik Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search