OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Kedah kembali dilanda banjir

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak terus meningkat pagi ini, manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan sedikit, sementara Kedah kembali dilanda banjir.

Di PERAK, mangsa banjir meningkat kepada 231 orang daripada 77 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 136 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), semua daerah di Perak diramalkan mengalami ribut petang ini.

Di SELANGOR, mangsa banjir di PPS setakat 8 pagi ini menunjukkan sedikit penurunan iaitu 909 orang daripada 213 keluarga, berbanding 975 orang daripada 232 keluarga, malam tadi.

PPS itu ialah Dewan Majlis Perbandaran Selayang Seri Kundang, Balai Raya Kampung Melayu Sri Kundang, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, SK Ijok dan SK Bukit Badong.

Sementara itu, KEDAH kembali dilanda banjir dengan sebuah PPS dibuka di daerah Kubang Pasu awal pagi ini yang menempatkan 80 orang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mangsa daripada 26 keluarga itu ditempatkan di SMK Changlun yang dibuka pada 2.30 pagi.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar, melepasi paras bahaya.

 

Changlun kembali banjir, 1 PPS dibuka awal pagi

CHANGLUN: Seramai 80 mangsa banjir membabitkan 26 keluarga dari tiga perkampungan, di sini, berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka awal pagi tadi.

Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun selepas banjir kilat melanda susulan hujan lebat, malam tadi.

PPS itu pernah dibuka pada 27 September apabila kawasan sama ditenggelami banjir, dan ditutup Selasa lalu setelah air surut sepenuhnya.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata PPS itu dibuka semula pada jam 2.30 pagi tadi bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Nangmah, Kampung Belakang Sekolah Dato Wan Kemara dan Kampung Kubang Kayu.

Setakat ini, beliau berkata, mangsa banjir itu membabitkan 21 lelaki dewasa, 32 wanita dewasa, 27 kanak-kanak dan empat warga emas.

"Operasi pemindahan dilakukan sejak tengah malam tadi selepas kawasan itu dinaiki air akibat hujan lebat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, antara agensi membantu operasi pemindahan serta penempatan mangsa banjir itu ialah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubang Pasu, APM Daerah Kubang Pasu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, menurut maklumat laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), air empat sungai di Kedah mencatat bacaan melepasi paras bahaya, setakat jam 8 pagi ini.

Sungai terbabit ialah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu, dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Kedah di Jambatan Lebuh Raya serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar.

Air Sungai Sari di Kilang Gula dan Sungai Perik di Kampung Perik, daerah Padang Terap pula melepasi paras amaran.

Banjir di Changlun, 80 mangsa dipindahkan ke 1 PPS

CHANGLUN: Seramai 80 mangsa banjir membabitkan 26 keluarga dari tiga perkampungan, di sini, berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka awal pagi tadi.

Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun selepas banjir kilat melanda susulan hujan lebat, malam tadi.

PPS itu pernah dibuka pada 27 September apabila kawasan sama ditenggelami banjir, dan ditutup Selasa lalu setelah air surut sepenuhnya.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata PPS itu dibuka semula pada jam 2.30 pagi tadi bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Nangmah, Kampung Belakang Sekolah Dato Wan Kemara dan Kampung Kubang Kayu.

Setakat ini, beliau berkata, mangsa banjir itu membabitkan 21 lelaki dewasa, 32 wanita dewasa, 27 kanak-kanak dan empat warga emas.

“Operasi pemindahan dilakukan sejak tengah malam tadi selepas kawasan itu dinaiki air akibat hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, antara agensi membantu operasi pemindahan serta penempatan mangsa banjir itu ialah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubang Pasu, APM Daerah Kubang Pasu serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, menurut maklumat laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), air empat sungai di Kedah mencatat bacaan melepasi paras bahaya, setakat jam 8 pagi ini.

Sungai terbabit ialah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu, dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Kedah di Jambatan Lebuh Raya serta Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar.

Air Sungai Sari di Kilang Gula dan Sungai Perik di Kampung Perik, daerah Padang Terap pula melepasi paras amaran.

Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat

GERIK: Daerah Hulu Perak menjadi kawasan terbaharu kejadian bencana banjir kilat pada Sabtu malam.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hulu Perak, banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.

 

 Ia menyebabkan berlakunya limpahan air Sungai Hangai dan Sungai Ulu Kenderong.
 
Katanya, lokasi yang terjejas banjir merangkumi Pekan Gerik, Kampung Air Suda, Kampung Padang, Kampung Ramasamy, Kampung Air Panas dan Kampung Star Kecik.
Bagaimanapun, katanya tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat malam tadi.
 
"Laporan berhubung kejadian banjir kilat diterima dari penghulu di Pekan Gerik pada 8.27 malam.
"Didapati terdapat beberapa buah rumah dan kedai telah dinaiki air, pasukan APM Hulu Perak turut memindahkan mangsa yang uzur ke tempat selamat," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ujarnya lagi, pemantauan berkala dilakukan bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini, selain memastikan keselamatan orang ramai.
 
 

Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan

KUBANG PASU: Banjir kembali melanda negeri Jelapang Padi apabila Kubang Pasu menjadi daerah yang terpaksa mengaktifkan kembali pusat pemindahan sementara (PPS) dengan menempatkan 80 mangsa dari 26 keluarga.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dari Kampung Nangmah, Kampung Belakang Sekolah Dato Wan Kemara dan Kampung Kubang Kayu dilanda banjir.

 

"Operasi pemindahan dilakukan sejak tengah malam tadi selepas kawasan itu dinaiki air selepas hujan lebat lebih dua jam tanpa henti.
 
“Jumlah mangsa membabitkan 21 lelaki dewasa, 32 wanita dewasa dan 27 kanak-kanak serta empat warga emas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Suhaimi berkata, kerja-kerja pemindahan mangsa membabitkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubang Pasu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Penghulu.
 
Dalam pada itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, empat sungai di Kedah mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi tadi.
Antara sungai terbabit adalah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar.
Bagaimanapun, Sungai Sari di Kilang Gula dan Sungai Perik di Kampung Perik di daerah Padang Terap sudah melepasi bacaan paras amaran.
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search