BANGKOK – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh di Thailand dan Myanmar setakat ini selepas gempa bumi kuat menggegarkan dua negara Asia Tenggara itu petang tadi.
Gempa cetek bermagnitud 7.7 itu mencetuskan gegaran hingga ke Bangkok, mendorong Thailand dan Myanmar mengisytiharkan darurat.
Di Bangkok yang diisytiharkan kawasan bencana oleh pihak berkuasa, sebuah bangunan sedang dibina runtuh dekat Pasar Chatuchak.
Kementerian Pertahanan Thai menyatakan, sekurang-kurangnya 81 orang hilang dan tiga mangsa terbunuh dalam bencana itu.
“Tujuh mangsa pula diselamatkan dari bawah runtuhan,” kata kementerian berkenaan hari ini.
Di Myanmar, sekurang-kurangnya tiga orang terkorban selepas sebuah masjid runtuh di Taungoo, demikian menurut dua orang saksi kepada agensi berita Reuters.
Media tempatan melaporkan bahawa dua lagi mangsa maut dan 20 cedera selepas sebuah hotel runtuh di Aung Ban. – AGENSI
BINTULU, 28 Mac: Pembangunan semula penempatan rumah panjang termasuk yang musnah akibat kebakaran harus mengambil kira pelbagai faktor termasuk bencana alam dan status tanah.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata kedua-dua faktor ini wajar diberi perhatian agar tidak timbul masalah setelah rumah siap dibina.
“Jangan apabila telah siap dibina, timbul pula isu apabila memohon projek daripada kerajaan, tanah tapak rumah masuk dalam PL (pajakan sementara).
“Kedua, rujuk dengan pihak jurutera, sama ada kawasan itu selamat atau tidak. Jangan bina rumah berhampiran dengan tanah runtuh dan kawasan banjir,” katanya.
Dr Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Rumah Lapei, Sungai Binai Sebauh dekat sini, hari ini.
Rumah panjang 27 pintu itu musnah dalam kejadian kebakaran pada Khamis lepas yang mengakibatkan 228 penduduk di kawasan berkenaan tinggal sehelai sepinggang.
Pembinaan semula rumah panjang tersebut akan dilaksanakan menerusi peruntukan khas bantuan kebakaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melibatkan bantuan berjumlah RM70,000 bagi setiap pintu.
Pada lawatan itu, beliau menyampaikan bantuan tunai berjumlah RM54,000.
“Saya menyalurkan bantuan sejumlah RM2,000 kepada setiap pintu untuk membeli keperluan masing-masing.
“Kami ucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh orang ramai termasuk pihak NGO. Ada yang menghantar makanan, kelengkapan dapur dan lain-lain,” katanya.
'Rasa gegaran selama 3 hingga 5 minit'
- Admin UKK
- Berita
Hanoi: Penduduk di ibu kota Vietnam, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan beberapa kawasan lain terutama penghuni bangunan tinggi merasai gegaran ringan susulan gempa bumi yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
Penduduk di beberapa kawasan di Hanoi seperti daerah Hoang Mai, Thanh Xuan, Ha Dong dan Thanh Tri berkata, mereka merasai gegaran selama 3 hingga 5 minit, menurut laporan media tempatan.
Di Ho Chi Minh City, penghuni bangunan tinggi melaporkan apartmen mereka bergegar seketika dan terpaksa keluar beramai-ramai, menurut akhbar tempatan Tuoi Tre (Youth).
Sementara itu di Laos, gegaran dirasai di beberapa bandar dengan tiada laporan kematian setakat ini.
Gegaran dilaporkan di utara dan tengah Laos serta ibu kota Vientiane, menurut laporan dari Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos.
Pihak berkuasa mengingatkan penduduk agar terus berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan.
HANOI, 28 Mac- Penduduk di ibu kota Vietnam, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan beberapa kawasan lain terutama penghuni bangunan tinggi merasai gegaran ringan susulan gempa bumi yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).
Penduduk di beberapa kawasan di Hanoi seperti daerah Hoang Mai, Thanh Xuan, Ha Dong dan Thanh Tri berkata mereka merasai gegaran selama tiga hingga lima minit, menurut laporan media tempatan.
Di Ho Chi Minh City, penghuni bangunan tinggi melaporkan apartmen mereka bergegar seketika dan terpaksa keluar beramai-ramai, menurut akhbar tempatan Tuoi Tre (Youth).
Sementara itu di Laos, gegaran dirasai di beberapa bandar dengan tiada laporan kematian setakat ini.
Gegaran dilaporkan di utara dan tengah Laos serta ibu kota Vientiane, menurut laporan dari Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos.
Pihak berkuasa mengingatkan penduduk agar terus berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan.- BERNAMA-XINHUA
BANGKOK, 28 Mac: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mengarahkan Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Bangkok sebagai kawasan darurat berikutan gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegarkan ibu negara Thailand.
Paetongtarn yang kini dalam lawatan kerja ke Phuket turut memerintahkan pelaksanaan segera langkah tindak balas dan mobilisasi sumber untuk operasi bantuan gempa bumi.
Beliau menyatakan pakar meramalkan akan berlaku gegaran susulan dalam tempoh dua jam akan datang, walaupun dijangka semakin berkurangan.
“Data statistik menunjukkan gegaran susulan mungkin berterusan sehingga 24 jam. Saya menyeru orang ramai mengosongkan bangunan tinggi dan tetap tenang tetapi berwaspada. Sekolah telah dinasihatkan menghantar pelajar pulang sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat kecemasan di Phuket pada Jumaat.
Paetongtarn mengumumkan akan segera kembali ke Bangkok dan mempengerusikan mesyuarat kecemasan dengan semua agensi berkaitan pada 5 petang Jumaat.
Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand (DDPM) melaporkan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Myanmar pada 1:20 tengah hari, dengan gegaran dirasai di Bangkok.
Media tempatan melaporkan sebuah bangunan dalam pembinaan di daerah Chatuchak runtuh akibat gempa bumi, dengan 43 pekerja terperangkap menurut Institut Perubatan Kecemasan Kebangsaan.
Sementara itu di Bangkok, penduduk mengosongkan bangunan dan perniagaan ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak berkuasa sedang menilai kerosakan dan memantau gegaran susulan.
Bursa Saham Thailand menggantung semua aktiviti dagangan untuk sesi petang Jumaat.
Sistem Transit Massa Bangkok (BTS) turut mengumumkan melalui akaun X rasmi bahawa Laluan Sukhumvit, Laluan Silom dan Laluan Gold ditutup sementara dengan perkhidmatan penumpang digantung.
