OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi Myanmar, gegaran turut dirasai di Laos

HANOI, 28 Mac- Penduduk di ibu kota Vietnam, Hanoi, Ho Chi Minh City, dan beberapa kawasan lain terutama penghuni bangunan tinggi merasai gegaran ringan susulan gempa bumi yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam (VNA).

Penduduk di beberapa kawasan di Hanoi seperti daerah Hoang Mai, Thanh Xuan, Ha Dong dan Thanh Tri berkata mereka merasai gegaran selama tiga hingga lima minit, menurut laporan media tempatan.

Di Ho Chi Minh City, penghuni bangunan tinggi melaporkan apartmen mereka bergegar seketika dan terpaksa keluar beramai-ramai, menurut akhbar tempatan Tuoi Tre (Youth).

Sementara itu di Laos, gegaran dirasai di beberapa bandar dengan tiada laporan kematian setakat ini.

Gegaran dilaporkan di utara dan tengah Laos serta ibu kota Vientiane, menurut laporan dari Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos.

Pihak berkuasa mengingatkan penduduk agar terus berwaspada dan bersedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan.- BERNAMA-XINHUA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search