OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Malaysia perluas kerjasama perkukuh kepakaran SMART

Malaysia akan memperluas kerjasama dalam pengurusan bencana dengan beberapa negara termasuk Jepun, Russia dan Korea Selatan supaya kepakaran Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) terus diperkukuh.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata rundingan bagi memuktamadkan memorandum persefahaman (MOU) dengan negara berkenaan dijangka selesai tahun ini.

Beliau berkata, NADMA sudah berbincang dengan Jepun untuk memuktamadkan MOU itu, manakala beberapa rundingan kini pada tahap akhir termasuk dengan Russia dan Korea Selatan, namun keputusan akhir bergantung kepada Kabinet untuk melihat kesesuaian dengan kepentingan negara.

Katanya, Malaysia sudah menandatangani MOU dengan beberapa negara termasuk Singapura, Indonesia dan Turkiye yang menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan negara dalam pengurusan bencana serta kepakaran pasukan SMART khususnya dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“MOU ini kita anggap penting dari segi kerjasama terutama dalam operasi dapat diformalkan dan pada masa sama, ia juga satu pengiktirafan menunjukkan negara lain juga ingin belajar daripada kebolehan dan kepakaran pasukan SMART,” katanya.

Khairul Shahril berkata, MOU itu bukan saja bagi memperkukuh hubungan strategik, tetapi juga meningkatkan kecekapan dalam pengurusan bencana terutama dalam operasi SAR melalui latihan bersama antara pasukan SMART dan pasukan elit negara lain.

Teliti tambah anggota

Beliau berkata, bagi memastikan pasukan itu kekal relevan, kerajaan sedang meneliti kemungkinan menambah keanggotaan SMART, mengambil kira pengalaman ketika membantu operasi SAR gempa bumi di Gaziantep, Turkiye pada Februari 2023.

Katanya, jumlah anggota pasukan itu setakat ini masih mematuhi piawaian pasukan menyelamat antarabangsa seperti disyorkan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG), iaitu dua pasukan membabitkan 160 anggota secara keseluruhan.

“Pasukan itu adalah gabungan tiga badan beruniform utama negara iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

MOU itu bukan saja bagi memperkukuh hubungan strategik, tetapi juga meningkatkan kecekapan dalam pengurusan bencana terutama dalam operasi SAR melalui latihan bersama antara pasukan SMART dan pasukan elit negara lain

Khairul Shahril Idrus, Ketua Pengarah NADMA

“Cadangan mengekalkan anggota SMART dalam pasukan sedang diteliti memandangkan ketika ini anggota akan kembali ke unit asal masing-masing apabila tempoh perkhidmatan tamat,” katanya.

Susulan itu, Khairul Shahril berkata, perbincangan sedang berjalan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mencari mekanisme terbaik bagi memastikan kepakaran dimiliki anggota itu dapat dikekalkan dalam pasukan.

Beliau berkata, pada peringkat serantau, pasukan SMART terbabit dalam beberapa latihan amal yang dikendalikan Sekretariat ASEAN dan menerima permohonan daripada negara jiran termasuk Brunei, Thailand dan Indonesia

untuk menjadi penasihat kepada pasukan penyelamat masing-masing sehingga mendapat pengiktirafan INSARAG.

“Malaysia turut menerima jemputan sebagai pakar rujuk dalam persidangan antarabangsa berkaitan operasi SAR, membuktikan kedudukan SMART sebagai pasukan penyelamat bertaraf dunia,” katanya.

Khairul Shahril berkata, pasukan SMART adalah gerakan bantuan kedua di Asia Tenggara diiktiraf INSARAG selepas Singapura dan anggota pasukan itu sering dipanggil sebagai pakar rujuk dalam persidangan antarabangsa membabitkan aktiviti SAR.

“Kesediaan negara lain termasuk negara maju mengadakan kerjasama seperti latihan bersama menunjukkan imej pasukan SMART berada pada peringkat antarabangsa, sekali gus menjulang nama Malaysia,” katanya.

BERNAMA

 

Mohamad visits Myanmar as part of aid mission

SUBANG: Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan travelled to Myanmar yesterday as part of a humanitarian mission to help victims of the March 28 earthquake.

The aircraft carrying Mohamad and his delegation took off from the Royal Malaysian Air Force (RMAF) Subang Airbase about 8am and arrived at Nay Pyi Taw International Airport, Myanmar, at 9.30am.

The humanitarian mission was jointly led by Thai Foreign Minister Maris Sangiampongsa, symbolising Asean solidarity in humanitarian response and support for the people of Myanmar.

Malaysia, as Asean chair, and Thailand are spearheading this initiative, as agreed upon during the Asean Foreign Ministers’ Special Emergency Meeting chaired by Mohamad via video conference last Sunday.

The Foreign Ministry said that while in Nay Pyi Taw, Mohamad and Maris met with State Administration Council Chairman Senior General Min Aung Hlaing and Myanmar Foreign Minister U Than Shwe.

The two ministers were also briefed by the Asean Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) about relief operations.

Mohamad highlighted Asean’s coordinated disaster response efforts and Malaysia’s contributions to date, including the deployment of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) and the delivery of humanitarian aid.

The visit also delivered 15 tonnes of humanitarian aid from Malaysia. The aid, coordinated through the AHA Centre, were delivered using an RMAF A400M aircraft.

On March 30, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that Malaysia would provide RM10 million in quake relief aid to Myanmar.

The same day, two RMAF A400M aircraft transported a SMART team and National Disaster Management Agency personnel to Myanmar for search and rescue operations.

On March 28, a 7.7-magnitude earthquake struck Myanmar, with Mandalay, Bago, Magway, northeastern Shan State, Sagaing and Nay Pyi Taw the hardest-hit areas. The tremors also affected neighbouring Thailand.

CITY COUNCIL, UTILITY BODY UNDER SCRUTINY

HIS Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, yesterday presented aid to 308 households affected by the recent Putra Heights gas pipeline fire.

Each household received RM1,000 from the king through Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Sultan Ibrahim arrived at the temporary relief centre in Putra Heights at 10.20am, driving a Proton Satria Neo RS.

He was accompanied by Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah and Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Sultan Ibrahim greeted the victims at the mosque relief centre.

Present were Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu, Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar and Fire and Rescue Department directorgeneral Datuk Nor Hisham Mohammad.

Others present were Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay and Selangor police chief Datuk Hussein Omar Khan.

Earlier, the king visited the site of the gas pipeline explosion at 9.40am at the temporary Incident Command Post.

The king was briefed on the situation during the explosion and the latest developments concerning residents.

After the briefing, the king spent some time engaging with the residents waiting to return to their homes.

Sultan Ibrahim took a ride in a Subang Jaya City Council (MBSJ) four-wheel drive vehicle to survey the site at ground zero.

Meanwhile, Amirudin also engaged with the residents.

Amirudin said residents would receive the RM5,000 financial aid promised to them on Monday and that the list of names had been verified.

He said the victims would also be informed on Monday of the status of the 100 housing units to be provided by the Selangor Housing and Property Board in Kota Warisan, Sepang, to be used as their temporary accommodations.

“After that, we will either replace or repair the houses, but it may take time because the area must first be declared safe by the police.”

On April 1, a fire broke out at a Petronas gas pipeline in Putra Heights, Subang Jaya, causing widespread panic as flames shot up.

The heat from the flames, visible from kilometres away, melted plastic and metal within a large radius of the pipeline.

A total of 227 houses and 365 vehicles were damaged in residential areas near the pipeline.

Page 1 pic: His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, visiting the site of the gas pipeline explosion at the temporary Incident Command Post in Putra Heights, Subang Jaya, yesterday.

 

FOREIGN TIE-UPS TO BOOST S.M.A.R.T.

MALAYSIA will partner with Japan, Russia and South Korea to broaden the country’s disaster management international collaborations and strengthen the capabilities of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART).

National Disaster Management Agency (Nadma) director-general Datuk Khairul Shahril Idrus said negotiations to finalise memoranda of understanding (MoUs) with these countries were expected to be concluded this year.

“We’ve already discussed the MoU with Japan, while talks with Russia and South Korea are in the final stages.

“However, the final decision will depend on cabinet approval, as it must be in line with Malaysia’s national interests,” he told Bernama in a recent interview.

Malaysia has signed MoUs on disaster management with Singapore, Indonesia and Turkiye, reflecting international recognition of SMART’s expertise.

“These MoUs not only formalise operational collaboration but are also recognition of SMART’s capabilities, with other nations keen to learn from our experience,” he said.

Khairul Shahril said the cooperation would strengthen strategic ties and enhance search-and-rescue efficiency through training with foreign rescue teams.

He said the government was considering expanding SMART, especially in light of the SAR experience gained in the Gaziantep earthquake in Turkiye in February 2023.

Currently, the team’s composition complies with standards set by the International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG), consisting of two units totalling 160 personnel.

SMART comprises personnel drawn from the Fire and Rescue Department, police, and armed forces.

Khairul Shahril said personnel would return to their units after their SMART service ended and there were discussions with the Public Service Department to explore ways of retaining their expertise within the team.

“We’re also exploring ways for former SMART members to continue participating in training after returning to their original departments.

“This would allow us to mobilise them for operations when needed,” he said.

Khairul Shahril said SMART had participated in drills organised by the Asean secretariat and had received requests from neighbouring countries, including Brunei, Thailand and Indonesia, to advise their rescue units on getting INSARAG certification.

He said SMART had also been invited to various international SAR conferences. “SMART is the second team in Southeast Asia to be recognised by INSARAG after Singapore. The team’s increasing role as a global reference in SAR operations elevates Malaysia’s international profile.

“The willingness of other nations, including advanced economies, to collaborate with us in training underscores SMART’s global reputation and, by extension, enhances Malaysia’s stature,” he added.

 

Agong tiba di lokasi kebakaran paip gas menaiki Proton Satria

SUBANG JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melawat lokasi kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, hari ini.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kira-kira pukul 9.40 pagi dengan menaiki kereta Proton Satria berwarna ungu yang disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Seri Paduka Baginda kemudian dijadual menyerahkan sumbangan kepada ketua isi rumah terlibat dan melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di PKTK mendapati pihak berkuasa serta agensi lain masih melakukan kawalan dan tindakan susulan di tempat kejadian.

Antara yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama agensi terlibat pagi ini bagi gerak kerja di lokasi.

Dalam kejadian Selasa lalu, kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter yang menjejaskan sebanyak 195 kediaman. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search