OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Gallery

Kebakaran hutan baharu meletus berhampiran Los Angeles

LOS ANGELES: Kebakaran hutan baharu meletus di utara Los Angeles semalam, merebak dengan pesat dan mencetuskan arahan pemindahan terhadap ribuan penduduk di wilayah yang sudah menghadapi kesan kebakaran besar.

Api marak bermula di lereng bukit berhampiran Tasik Castaic, merebak pantas hingga memusnahkan lebih 2,000 hektar dalam tempoh lebih dua jam.

Kebakaran itu disebabkan angin Santa Ana angin kencang dari gurun dan kawasan kering, mengakibatkan asap tebal menyelubungi kawasan itu, membuatkan kebakaran bertambah teruk hasil asap dan bara api.

Perintah pemindahan dikeluarkan terhadap kira-kira 19,000 orang sekitar tasik itu, yang terletak kira-kira 35 batu di utara Los Angeles dan berhampiran dengan bandar Santa Clarita.

"Saya hanya berdoa agar rumah kami tidak musnah terbakar," kata seorang lelaki kepada penyiar KTLA ketika dia memasukkan barangan dalam keretanya.

 

Kebakaran itu berlaku ketika kawasan Greater Los Angeles masih belum pulih akibat dua kebakaran besar yang mengorbankan lebih dua puluh nyawa dan memusnahkan ribuan struktur bangunan.

Robert Jensen dari Jabatan Sheriff Los Angeles County meminta semua penduduk di kawasan terjejas akibat kebakaran baharu ini untuk segera meninggalkan lokasi.

"Kami telah menyaksikan kemusnahan yang berlaku akibat kegagalan orang ramai untuk mematuhi arahan pemindahan dalam kebakaran di Palisades dan Eaton.

"Saya tidak mahu perkara sama berulang di sini. Patuhi arahan pemindahan yang dikeluarkan," katanya.

Rakaman televisyen menunjukkan kenderaan polis memasuki sekitar kawasan kejiranan bagi menggesa orang ramai meninggalkan lokasi dan mematuhi perintah pemindahan.

Rakaman turut menunjukkan helikopter dan pesawat berada di lokasi kebakaran menjatuhkan air dan bahan kalis api bagi meredakan kebakaran.

Pesawat itu termasuk dua Super Scooper, pesawat amfibia besar yang boleh membawa ratusan liter air.

Di daratan, Jabatan Bomba Daerah Los Angeles dan Hutan Nasional Angeles turut berusaha memadamkan kebakaran.

Setakat ini, punca awal kebakaran itu belum diketahui, tetapi ia berlaku semasa keadaan amaran kebakaran merah, apabila ahli meteorologi mengatakan angin kencang dan kelembapan rendah mendorong api merebak dengan cepat.

Angka korban kebakaran LA meningkat kepada 28 orang

LOS ANGELES, 22 Januari- Lebih dua minggu selepas kebakaran hutan yang dahsyat melanda Los Angeles, California, jumlah kematian yang disahkan kini meningkat kepada 28 orang, berbanding 27 sebelum ini, menurut kenyataan pejabat pemeriksa perubatan negara pada Selasa.

Empat kebakaran masih aktif di seluruh Daerah Los Angeles, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire).

Setakat Selasa, kebakaran tersebut telah memusnahkan 40,687 ekar tanah dan lebih 15,000 bangunan, sementara lebih 100,000 penduduk diarahkan berpindah.

Kebakaran terbesar, dikenali sebagai Palisades Fire, telah memusnahkan 23,448 ekar di kawasan kejiranan mewah Pacific Palisades berhampiran pantai. Sementara itu, kebakaran Eaton Fire membakar 14,021 ekar di kawasan kaki bukit sekitar bandar Altadena, timur laut pusat bandar Los Angeles.

Palisades Fire kini berjaya dikawal sebanyak 65%, manakala tahap kawalan ke atas Eaton Fire telah mencapai 89% dengan usaha pemadaman kebakaran menunjukkan kemajuan ketara.

Dalam pada itu, dua lagi kebakaran kecil yang membakar keseluruhan 123 ekar dilaporkan berlaku pada pagi Selasa di San Diego, kira-kira 195 kilometer di tenggara Los Angeles. Tahap kawalan untuk kedua-dua kebakaran tersebut masing-masing berada pada kadar 50% dan 40%.-REUTERS

Ribut salji landa utara, selatan AS, 4 maut

WASHINGTON – Ribut musim sejuk yang jarang berlaku membawa salji dan hujan membeku di jauh selatan Amerika Syarikat (AS), dengan memaksa penutupan lebuh raya dan lapangan terbang di Texas serta mencetuskan amaran ribut salji buat pertama kali di barat daya Louisiana.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, empat orang dipercayai mati akibat terdedah kepada cuaca sejuk setakat ini.

Dua kes disiasat sebagai mempunyai kaitan dengan selesema oleh pihak berkuasa Austin di Texas, manakala dua kematian akibat hipotermia dilaporkan di Georgia dan Milwaukee.

Di utara AS, beberapa bahagian di negeri New York dilanda ribut lain dan diselaputi salji sehingga 46 sentimeter.

Lebih 2,200 penerbangan domestik dibatalkan semalam, manakala 3,000 lagi telah ditangguhkan, demikian menurut laman web penjejak penerbangan, Flight Aware.

“Pantai Teluk, di mana hujan lebat adalah pemandangan yang jarang berlaku, akan menyaksikan salji turun dengan rekod baharu,” kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) semalam.

NWS meramalkan salji tebal dan menasihati penduduk untuk mengelak daripada melakukan perjalanan sekiranya boleh.

Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat di 12 daerah di barat negeri itu ketika penduduk menghadapi salji dan cuaca sejuk ekstrem.

Di selatan AS pula, taburan salji tertinggi yang dicatatkan pada petang semalam adalah 27 sentimeter di Rayne, Louisiana, demikian menurut laporan dari NWS.

Suhu dijangka jatuh jauh di bawah purata Januari, dan mungkin melepasi paras terendah sepanjang dari pantai ke Lembah Tennessee.

Gabenor beberapa negeri termasuk Louisiana, Mississippi dan Alabama juga telah mengisytiharkan darurat sebagai tindak balas kepada cuaca luar biasa itu.

Ribut yang kini melanda selatan AS bermula di Texas pada petang kelmarin, dan diramalkan merebak ke timur hingga pagi ini (waktu tempatan) di sepanjang lebuh raya Interstate 10. 

Pada petang semalam, ribut bergerak ke Georgia, Florida dan Carolina Utara serta Selatan. – AGENSI 

Usaha mencari mangsa tanah runtuh di Jawa Tengah diperhebat

JAKARTA – Beratus-ratus penyelamat sedang mencari mangsa yang terperangkap dalam lumpur tebal dan serpihan selepas tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang dan menyebabkan tujuh lagi hilang.

Hujan lebat di kawasan pergunungan berhampiran bandar Pekalongan di wilayah Jawa Tengah menyebabkan tanah dan jambatan runtuh hingga menimbus kereta serta rumah.

“Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui dan memindahkan dua mayat… pada pagi Rabu. Jumlah kematian yang direkodkan setakat tengah hari ini ialah 19 orang,” kata jurucakap Badan Mitigasi Bencana Negara (BNPB) Abdul Muhari. .

Kedua-dua mayat yang ditemui pagi tadi adalah sebahagian daripada senarai orang yang dilaporkan hilang dalam kejadian tragis itu.

Agensi mencari dan menyelamat Basarnas berkata, kejadian itu turut menyebabkan 13 orang cedera.
 

Jentera berat dikerahkan untuk membersihkan laluan jalan bagi pasukan mencari dan kira-kira 200 anggota penyelamat telah dihantar untuk membantu usaha menyelamat, kata pegawai tempatan, Mohammad Yulian Akbar.

“Tumpuan adalah untuk mencari mangsa,” katanya sambil menambah kerajaan tempatan telah mengisytiharkan darurat di daerah ini selama dua minggu.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Kasimpar selepas tanah runtuh melanda sebuah kedai kopi yang dipenuhi orang ramai ketika lindung daripada hujan.

Tetapi usaha-usaha menyelamat terganggu kerana hujan lebat terus melanda kawasan tersebut.

Ramalan cuaca untuk tiga hari akan datang menunjukkan hujan sederhana yang boleh “menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh”.

Indonesia terdedah kepada tanah runtuh semasa musim hujan, biasanya antara November dan April. – Agensi

Simmering anger as Turkiye buries ski hotel fire victims

KARTALKAYA, Turkiye: Anger was growing in Turkiye on Wednesday as allegations piled up that negligence played a role in the deaths of 79 people who perished when a huge fire swept through a luxury ski resort hotel in northern Turkiye.

With the nation observing a day of mourning, grieving families began burying their dead as questions multiplied about fire safety measures at the 12-storey Grand Kartal Hotel perched on a mountaintop in the Kartalkaya resort.

Front pages, including those of the pro-government dailies, were plastered with allegations of negligence which they blamed for the shocking death toll.

On a freezing foggy morning, with flags flying at half-mast, 12 of the 51 injured were still in hospital, including one in intensive care.

"There is no excuse for such a high number of deaths in 2025," Ozgur Ozel, leader of the main opposition CHP party, said outside the blackened facade of the hotel where rescuers were combing through the ruins on Wednesday.

The fire, which began in the middle of the night, struck at peak season for the hotel, with 238 guests staying for the winter school holidays which began on Friday.

At a funeral in the nearby town of Bolu for eight members of the same family who died in the blaze, President Recep Tayyip Erdogan could be seen wiping away tears, his head bowed.

"When I got to the hotel, there were flames everywhere and we could hear screams," said Cevdet Can, who runs a nearby ski school.

"I saw one person jump out of the window" to her death, Can told AFP, adding that it was seeing children trapped "that upset me most."

Another ski instructor who escaped the hotel unharmed said he was unable to rescue his pupils, the youngest of whom was six.

"I lost five of my students who were staying on the sixth and seventh floors," 58-year-old Necmi Kepcetutan told AFP, adding that another colleague had jumped to her death.

The blaze broke out around 3.30am (0030 GMT), sparking panic among the guests, many of whom tried to climb out of the windows, using bedsheets as ropes.

Some fell to their deaths, media reports said.

Speaking to Turkish media outlets, many survivors told the same story: that there were no alarms warning them about the fire, no fire doors, and no safe ways for people to exit the hotel.

Tourism Minister Nuri Ersoy on Tuesday said that the hotel had passed an inspection last year and had two fire escapes, saying "no issues related to fire safety had been flagged by the fire department."

A rescuer with the national catastrophe management agency Afad told AFP on condition of anonymity that "I saw fire escapes, but I suggest comparing this hotel's fire escapes to those at nearby hotels. In the end, experts will decide."

So far, 11 people have been arrested, among them the hotel's owner, general manager, director and chief electrician, as well as the chief of Bolu's fire department, the justice ministry told AFP.

The hotel's management has presented its condolences and said it would cooperate with authorities to "shed full light on this accident."

Situated at one of the most expensive ski resorts in Turkiye, the hotel boasted a prestigious client list that included executives, entrepreneurs and well-known doctors, many of whom were there with their children and family members.

By Wednesday afternoon, more than 20 victims had yet to be identified.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search