Alor Setar: Beberapa daerah di negeri ini dilanda ribut dan angin kencang malam ini menyebabkan banyak pokok tumbang, dan menghalang laluan.
Berdasarkan laman sosial Facebook (FB), orang ramai turut memuat naik status berkaitan kejadian angin kencang yang melanda daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Baling, Sik dan Yan.
Seorang penduduk Tanjung Kapur, Jitra, Sofiah Yaakob, 50, berkata, hujan lebat disertai angin kencang yang berlaku jam 8 malam agak menakutkan.
Katanya, kejadian itu turut menyebabkan laluan dari kampung itu ke Jitra terhalang akibat pokok tumbang.
"Pasukan penyelamat dilihat turut ke lokasi untuk membersihkan laluan itu tidak lama kemudian.
"Walaupun hujan sudah berhenti ketika ini tetapi rasa takut masih ada kerana tak pernah lagi melihat angin kuat seperti itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, penduduk di Alor Setar, Shahrizal Hashim, 40, berkata, angin kencang yang berlaku malam ini sangat kuat dan dia terpaksa menangguhkan perjalanan untuk pulang bekerja malam ini.
Katanya, dia yang sepatutnya pulang ke rumah pada jam 8 malam terpaksa pulang sekitar jam 9.30 malam berikutan hujan lebat yang disertai angin kencang.
"Saya menunggang motosikal dari Jitra ke Alor Setar dan risau juga apabila melihat banyak kejadian ribut dimuat naik di media sosial.
"Bimbang keselamatan diri, saya duduk dulu di tempat kerja dan apabila hujan reda, saya terus balik ke rumah," katanya.
Difahamkan, setakat ini pasukan penyelamat turut melakukan kerja-kerja membersihkan pokok tumbang susulan angin kencang dan hujan lebat yang melanda di beberapa daerah malam ini.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini turut pun mengeluarkan amaran ribut petir pada jam 7.50 malam dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah iaitu di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap malam ini.
ALOR SETAR: Hujan lebat serta ribut dilaporkan membadai beberapa daerah di Kedah, malam ini, sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang.
Ramai pengguna Facebook turut kongsikan kejadian itu yang menyaksikan angin kencang melanda termasuk di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Baling, Sik dan Yan.
Penduduk Tanjung Kapur di Jitra, Sofiah Yaakob, 50, berkata deruan angin kencang berserta hujan lebat kira-kira jam 8 malam itu agak menakutkan.
Malah, beliau berkata, insiden itu mengakibatkan laluan dari kampung berkenaan ke Jitra terhalang oleh pokok tumbang.
"Pasukan penyelamat kemudian dilihat turun ke lokasi untuk membersihkan laluan itu.
"Walaupun hujan sudah berhenti ketika ini, perasaan takut masih ada kerana tidak pernah melihat angin sekuat itu," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu penduduk Alor Setar, Shahrizal Hashim, 40, berkata ribut malam ini sangat kuat sehingga beliau terpaksa menangguhkan perjalanan pulang dari kerja.
Beliau sepatutnya bergerak pulang pada jam 8 malam tetapi terpaksa menunggu hingga jam 9.30 malam berikutan hujan lebat berserta angin kencang.
"Saya menunggang motosikal dari Jitra ke Alor Setar, jadi risau apabila melihat banyak kejadian ribut dikongsikan dalam media sosial.
"Kerana bimbangkan keselamatan diri, saya mengambil keputusan untuk menunggu dulu di tempat kerja dan terus balik selepas hujan reda," katanya.
ALOR SETAR: Hujan lebat serta ribut dilaporkan membadai beberapa daerah di Kedah, malam ini, sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang.
Ramai pengguna di laman sosial turut berkongsi kejadian itu, yang menyaksikan angin kencang melanda di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Baling, Sik dan Yan.
Penduduk Tanjung Kapur di Jitra, Sofiah Yaakob, 50, berkata, deruan angin kencang berserta hujan lebat kira-kira jam 8 malam itu agak menakutkan.
Malah, insiden itu mengakibatkan laluan dari kampung berkenaan ke Jitra terhalang oleh pokok tumbang.
“Pasukan penyelamat kemudian dilihat turun ke lokasi untuk membersihkan laluan itu.
“Walaupun hujan sudah berhenti ketika ini, perasaan takut masih ada kerana tidak pernah melihat angin sekuat itu,” katanya ketika dihubungi BH.
Sementara itu penduduk Alor Setar, Shahrizal Hashim, 40, berkata, ribut malam ini sangat kuat sehingga beliau terpaksa menangguhkan perjalanan pulang dari kerja.
Beliau sepatutnya bergerak pulang pada jam 8 malam tetapi terpaksa menunggu hingga jam 9.30 malam, berikutan hujan lebat berserta angin kencang.
“Saya menunggang motosikal dari Jitra ke Alor Setar, jadi risau apabila melihat banyak kejadian ribut dikongsikan dalam media sosial.
“Kerana bimbangkan keselamatan diri, saya mengambil keputusan untuk menunggu dulu di tempat kerja dan terus balik selepas hujan reda,” katanya.
CAPE TOWN, June 23 (Xinhua) -- The death toll in the recent floods in South Africa's Eastern Cape Province has risen to 95, as search and recovery efforts continue, local authorities reported on Monday.
"A total of 95 bodies have been recovered across various districts. This includes two bodies of teenage males discovered yesterday afternoon," the Eastern Cape Provincial Government confirmed in a statement.
Meanwhile, the integrated search and recovery teams have been assisted by the South African National Defense Force members who continue to work tirelessly to locate and recover any remaining bodies.
"From today, the search and recovery teams will be joined by a team deployed from the North West Provincial Government, increasing the number of teams to four," the statement said.
The provincial government welcomed the support of government institutions and nongovernmental organizations, which have been part of rescue and recovery efforts, including the provision of humanitarian support.
According to the statement, local authorities have also provided burial support, financial assistance, and other forms of aid to the bereaved families.
PETALING JAYA: Penduduk yang terjejas akibat letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya, April lalu, menggesa pihak berkuasa dan pemaju mempercepatkan proses membaik pulih kawasan perumahan yang terjejas teruk.
Menurut penduduk Taman Harmoni, Alina Ariffin, 52, timbul kerisauan dalam kalangan penduduk tentang aspek keselamatan, susulan keluar masuk pekerja kontraktor ke kawasan kediaman tanpa pemantauan yang jelas sejak 1 Mei lalu.
“Kerja-kerja penggantian paip gas yang terjejas juga sudah berjalan dan masa kerja telah dilanjutkan sehingga selepas pukul 10 malam setiap hari.
“Sejak 1 Mei, ramai kontraktor keluar masuk kawasan perumahan, sehinggakan kawalan keselamatan di kawasan itu menjadi longgar.
“Jadi kami sebagai penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan mengaktifkan semula perkhidmatan kawalan keselamatan sementara kerja-kerja masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Mohd. Badly Nordin berkata, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menjalankan kerja pembersihan tapak bagi pembinaan struktur rumah baharu dan kini pembinaan tersebut dalam fasa awal.
“SPNB telah membersihkan sepenuhnya rumah yang mengalami kemusnahan penuh dan sudah mula bina tapak untuk bina rumah baharu,” katanya.
Tambah beliau, secara keseluruhan sebanyak 11 buah rumah akan dibina semula sepenuhnya, manakala enam buah lagi yang mengalami kerosakan sederhana telah dibaiki oleh pihak SPNB.
Pada 1 April lalu, insiden letupan paip gas di Putra Heights telah mengakibatkan kemusnahan besar di Kampung Kuala Sungai Baru dan taman perumahan berdekatan. – UTUSAN
