OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

Mangsa banjir di Sabah catat penurunan

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah mula mencatatkan penurunan apabila 1,526 orang daripada 455 keluarga direkodkan setakat jam 4 petang tadi.

Angka itu menyaksikan penurunan berbanding 1,541 orang daripada 472 keluarga pada jam 8 pagi tadi. 

 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataannya berkata, sebanyak tiga PPS telah ditutup sepenuhnya berikutan sebahagian besar mangsa sudah dibenarkan pulang ke kediaman.

Setakat ini, PPS empat PPS masih lagi dibuka terdiri daripada Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).

Dalam pada itu, Beaufort merekodkan 200 mangsa dari 78 keluarga yang yang telah ditempatkan ke Pusat Pemindahan Kekal. “Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook.

“Setakat ini, 1,266 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS, manakala PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit telah ditutup petang ini,” menurut kenyataan itu.

Around 80 per cent of post-quake building clearance in Mandalay completed

YANGON: The clearance of buildings damaged by the massive earthquake that struck Myanmar on March 28 is approximately 80 per cent complete in Mandalay and about 50 per cent complete in Sagaing, state-owned daily The Global New Light of Myanmar reported on Sunday (May 4).

In Mandalay, major roads affected by the earthquake have been cleared of debris to prevent obstacles and ensure the safety of commuters, the report said, citing the Myanmar Fire Brigade Headquarters.

Meanwhile, in Sagaing, cleanup operations continue with the use of heavy machinery to remove debris from large structures, including Buddhist learning centres and religious buildings located on higher ground. - Xinhua

Perlis, Kedah antara sembilan negeri dilanda hujan malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta. 

“Hujan lebat turut diramal di seluruh kawasan Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang,” katanya.

Cuaca sama dijangka berlaku di Pahang iaitu Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

Sementara itu, kawasan terlibat di Melaka termasuk Jasin.

“Bagi Sabah pula, hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman (Sipitang dan Nabawan) ” kata MetMalaysia.

 

Di Sarawak pula, ribut petir dijangka melanda kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

18 hektar hutan di Kampung Mak Chili terbakar

KEMAMAN - Operasi pemadaman kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas 18 hektar di Kampung Mak Chili, di sini berjaya dikawal hasil usaha berterusan pasukan bomba.

Komander Operasi, Mohd Zailani Abdullah berkata, operasi yang kini memasuki hari kelima bermula sejak 30 April lalu itu berjalan lancar dengan kekuatan seramai 39 anggota dari pelbagai balai di sekitar Terengganu.

Menurutnya, operasi pada Ahad melibatkan anggota dari Zon II (7 orang), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai (11 orang), BBP Kemaman (5), BBP Cheneh (3), BBP Paka (3), BBP Kijal (2), BBP Kerteh (4), BBP Dungun (2) dan BBP Al Muktafi Billah Shah (2).

"JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 3.55 petang pada 30 April lalu dan mengerahkan jentera dari BBP Chukai ke lokasi kejadian pada jam 4.02 petang, diikuti BBP Kemaman kira-kira setengah jam kemudian.

 

"Kawasan yang terbakar terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama dan faktor jarak serta struktur tanah menyukarkan akses ke lokasi kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Zailani berkata, sehingga kini sebanyak 17 hektar berjaya dikawal dan baki satu hektar dalam proses pemadaman.

Tambahnya, operasi turut melibatkan pembahagian kepada dua sektor iaitu Sektor A diketuai BBP Chukai bersama lapan anggota menggunakan satu aliran hos sepanjang 500 kaki dengan empat pancutan air terbuka.

"Sektor B pula melibatkan lima anggota BBP Kemaman bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Tayor seramai empat anggota yang menggunakan satu aliran hos sepanjang 400 kaki dan dua pancutan," katanya.

Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membuat pemantauan dari udara menggunakan dron bagi menilai situasi semasa kebakaran.

Turut membantu dalam operasi tersebut ialah 10 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, wakil JAS dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kemaman.

Antara aset yang digunakan termasuk lima unit 'portable pump', 11 unit 'hard suction', 26 unit 'delivery hose', sebuah jentolak serta pelbagai peralatan sokongan lain.

"Sekiranya cuaca kekal baik, ditambah pula dengan keadaan hujan, operasi dijangka dapat ditamatkan sepenuhnya tidak lama lagi," katanya.

Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang, daerah Sipitang pulih

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 1,526 orang daripada 455 keluarga pada 4 petang ini, berbanding 1,541 orang daripada 472 keluarga 8 pagi tadi.
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, Sipitang ditutup pada 3 petang tadi selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan situasi banjir telah pulih.
 
"Setakat ini, 1,266 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS, manakala PPS Balai Raya Kampung Molosok Dalit telah ditutup petang ini," menurut kenyataan itu.
 
PPS masih dibuka ialah Dewan Datuk Ellron Agin yang menempatkan 671 mangsa, Dewan Masyarakat Sook (272), Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau 2 (206), dan Dewan Kampung Ansip Tengah (117).
Sementara itu di Beaufort, 260 mangsa daripada 78 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.
 
"Sebanyak 19 kampung masih terjejas banjir iaitu 10 di Beaufort dan sembilan di Sook," menurut kenyataan itu.
 
-- BERNAMA
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search