LAWATAN KERJA YB DATUK SERI MOHD REDZUAN MD YUSOF MENTERI DI JPM (TUGAS-TUGAS KHAS) ke SMART di Pulau Meranti
- Admin UKK
- Berita
5 Mei 2020 - Petang tadi NADMA Malaysia telah menyambut kunjungan YB Datuk Seri Mohd Redzuan b Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) ke Markas SMART di Pulau Meranti, Cyberjaya.
Selain taklimat berkaitan Pasukan SMART, YB Menteri turut dibawa melawat Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) untuk melihat pemantauan yang dilakukan sepanjang operasi COVID-19.
Terima kasih Rapid KL atas usaha dan perkongsian gambaran usaha-usaha rakyat Malaysia membiasakan diri dengan “normal baharu”.
Kekal Positif Kekal Jarak Sosial Kekal Sihat.
STESEN KUARANTIN YANG DIWARTAKAN
- Admin UKK
- Berita
Untuk makluman, bukan semua yang dikuarantin ditempatkan di hotel. Banyak premis-premis lain yang telah diwartakan sebagai stesen kuarantin digunakan antaranya institut-institut latihan awam.
Kebajikan semua Person Under Surveillance (PUS) walau dimana mereka ditempatkan sentiasa menjadi keutamaan kami. Terima kasih juga kepada syarikat-syarikat yang banyak menyumbang dalam usaha-usaha memudahkan banyak urusan rakyat dan Negara dalam memerangi COVID-19.
BANTUAN PENERBANGAN MEMBAWA BARANGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KE SABAH DAN SARAWAK DITERUSKAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA
Pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan pada semalam, 16 April 2020 yang membawa bekalan barang-barang perubatan dan kesihatan ke Sabah dan Sarawak.
Bekalan peralatan perubatan dan kesihatan seperti topeng muka (face mask), sarung tangan (glove), PPE dan beberapa peralatan makmal disalurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi PengurusaN Bencana Negara (NADMA) , Malaysia Relief Agency (MRA) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Penerbangan ‘’Logistic Comm” pesawat A400M semalam telah melaksanakan dua (2) sortie melibatkan penghantaran ke Kota Kinabalu dan Kuching. Sortie pertama diketuai juruterbang Mej Phanom a/l Achuan TUDM; pembantu juruterbang , Kapt Mohd Mazhan bin Puteh @ Abdullah TUDM dan lima (5) anak kapal manakala bagi sortie kedua, pesawat diterbangkan oleh Kapt Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM dibantu pembantu juruterbang, Kapt Mohamad Ridhwan bin Yahaya TUDM dan tiga (3) anak kapal.
Komitmen TUDM untuk kesejahteraan rakyat dan negara ketika ini yang berhadapan dengan krisis kesihatan dunia akibat wabak COVID-19 khususnya melibatkan penghantaran melalui jalan udara ke Sabah dan Sarawak akan diteruskan tertakluk kepada keperluan semasa.
Tahniah dan syabas kepada semua anak kapal pesawat A400M dan juga warga kerja TUDM serta agensi-agensi yang membantu dalam melaksanakan misi ini dengan jayanya. Bantuan yang diberikan ini diharap dapat membantu kumpulan barisan hadapan khususnya petugas-petugas perubatan agar dapat melaksanakan tugas yang berisiko ini dengan sebaik-baiknya.
-Ihsan TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)-