Kuching: Enam sekolah di Tedebu iaitu kawasan paling hampir dengan sempadan Malaysia-Indonesia, ditutup sementara mulai semalam susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 akibat kesan jerebu.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan berkenaan adalah langkah pencegahan selaras ketetapan dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta seluruh warga sekolah.
Sehingga jam 10.30 pagi tadi, sekolah yang terkesan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sejijag membabitkan 51 murid dan 14 staf; SK Sungai Sameran (129 murid, 21 staf) serta SK Tepoi (42 murid, 15 staf).
Turut ditutup ialah SK Entubuh yang mempunyai 67 murid dan 18 staf; SK Temong (205 murid, 21 staf) serta SK Tema yang mempunyai 85 murid dan 15 staf.
JPNS menjelaskan, pengetua dan guru besar tidak perlu menunggu arahan khusus daripada PPD atau JPNS untuk mengambil tindakan penutupan sekolah sekiranya bacaan IPU di kawasan atau daerah masing-masing melebihi 200.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2019 mengenai langkah KPM bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu dan dianggap kritikal, semua sekolah di kawasan atau daerah berkenaan hendaklah ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200.
Dalam pada itu, JPNS berkata, proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian akan diteruskan sepanjang tempoh penutupan bagi memastikan kesinambungan pembelajaran murid tidak terjejas.
Pihak sekolah juga diminta memastikan komunikasi dengan ibu bapa dan penjaga dilaksanakan dengan baik, selain memberi perhatian terhadap kebajikan dan kesihatan murid sepanjang tempoh penutupan.
JPNS melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan terus memantau perkembangan bacaan IPU dan keadaan kualiti udara dari semasa ke semasa dengan mendapatkan maklumat daripada pihak berkuasa serta agensi berkaitan, manakala sekolah perlu mengikuti perkembangan bacaan IPU dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut ketetapan KPM.
JPNS turut menegaskan keselamatan dan kesejahteraan murid serta seluruh warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan, justeru ibu bapa dan penjaga diminta memastikan anak masing-masing berada dalam keadaan selamat serta mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD Serian dan JPNS.
PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan di Sarawak yang terkesan akibat jerebu di negeri mereka, berkongsi suasana pencemaran udara di tempat masing-masing.
Menerusi perkongsian pengguan Threads Mdausfir, dia memuat naik dua gambar suasana di Kuching yang mana tidak kelihatan Gunung Santubong susulan jerebu ketika ini.
“Nak nunjuk betapa teruknya jerebu di Kuching tuk. Hari biasa nampak jelas Gunung Santubong dari rumah, tak nampak terus,” katanya.
Ia mendapat maklum balas daripada orang ramai yang berkongsi kawasan jerebu di tempat masing-masing selain mendoakan keselamatan penduduk di Sarawak.
“Pagi tadi sekitar pukul 8 pagi ke Sri Aman,” kongsi Ellie Gail18 di ruangan komen dua gambar pemandangan jerebu tebal.
“Ish sampai tak nampak gunung yang sebesar tu. Jaga diri,” komen Nrshrhi.
“Sampai hilang Santubong,” kata Sunshinebee.
“Pastikan sentiasa selamat, minum air dan elakkan keluar rumah jika tidak perlu,” kata Godric Gaming. – KOSMO! ONLINE
PETALING JAYA: Sebanyak 107 sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan ditutup esok berikutan keadaan cuaca panas dan jerebu yang melanda beberapa lokasi di Sarawak.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) berkata, penutupan itu membabitkan lapan sekolah menengah dan 99 sekolah rendah.
“Setakat jam 4 petang, JPNS menerima laporan sekolah yang akan ditutup pada 13 Ogos 2026 (Khamis) membabitkan 107 sekolah di bawah seliaan PPD Serian.
“JPNS sentiasa menitikberatkan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, khususnya ketika menghadapi keadaan cuaca panas atau sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan,” katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen pemantau kualiti udara di Serian mencatatkan bacaan 198 setakat jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, cuaca panas yang melanda negara turut menyebabkan beberapa lokasi di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Selain Serian, tujuh lagi stesen pemantau kualiti udara di Sarawak mencatat IPU tahap tidak sihat setakat jam 5 petang ini.
Stesen yang turut merekodkan peningkatan bacaan pada tahap tidak sihat itu masing-masing Samarahan dengan 179, Kuching (178), Sarikei (160), Bintulu (152), Sri Aman (157), Sibu (115) dan Miri (132).
JPNS turut mengingatkan pihak sekolah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta merujuk Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 1 Tahun 2019 berkaitan langkah menjamin kesihatan dan keselamatan murid di sekolah yang berada dalam kawasan berjerebu dan dianggap kritikal.
Katanya, semua institusi pendidikan di bawah seliaan JPNS juga dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti garis panduan dalam Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2023, iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas.
Mengulas lanjut, JPNS turut meminta institusi pendidikan supaya peka terhadap perkembangan semasa melalui media berkaitan fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.
“Institusi pendidikan juga perlu mematuhi saranan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan murid dan warga institusi pendidikan.
“JPNS mengambil berat kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya,” katanya. – UTUSAN
The Sarawak disaster management committee said home-based teaching and learning would continue throughout the closure to ensure lessons were not disrupted.
“Under the national haze action plan, which falls under the jurisdiction of the Sarawak education department director, schools, kindergartens and nurseries will be closed immediately once the API reaches 200,” it said in a statement.
An API reading of 0 to 50 indicates good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, and above 300 hazardous.
The committee said API readings in the state had shown an upward trend since Aug 1.
Eleven areas – Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Samalaju, Miri, Lundu, Lubok Antu and Lawas – recorded unhealthy readings.
The committee advised the public to reduce outdoor activities, particularly when air quality readings were at unhealthy levels or higher.
It also urged high-risk groups, including children, the elderly, pregnant women and those with respiratory or heart conditions, to limit their exposure to polluted air.
Dulu La Nina, kini risau fikir El Nino
- Admin UKK
- Berita
Setiap kali menjelang akhir atau awal tahun, kita begitu bimbang dengan fenomena tengkujuh atau La Nina. Apa tidaknya sekali hujan lebat dalam tempoh lama maka bersedialah untuk bah besar.
Apabila masuk pertengahan tahun, kita mula resah tatkala Malaysia mengalami perubahan cuaca iaitu musim panas dan kering, keadaan ini memberi kesan kepada kesihatan dan berisiko mengalami strok haba.
Sebenarnya fenomena cuaca panas melampau yang semakin kerap melanda negara bukan lagi isu bermusim semata-mata, sebaliknya ia berkait rapat dengan perubahan corak iklim serantau dan global.
Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, cuaca panas ketika ini mempunyai kaitan dengan fenomena Monsun Barat Daya yang sedang dialami di negara ini.
“Fenomena ini biasanya akan berakhir sekitar September hingga Oktober yang mana apabila angin mendominan barat daya bergerak ke timur laut.
Pada masa ini (musim peralihan monsun), tiadanya angin dominan yang kuat dalam mempengaruhi proses-proses skala kecil setempat serta kesan bayu laut,” ujarnya.
Justeru kesan utama musim kering atau El Nino terutama negara tropika seperti Malaysia menyaksikan cuaca akan menjadi lebih panas dan kering melampau daripada biasa.
“Kita sebenarnya boleh melindungi kita dengan melengkapkan kita sendiri dengan ilmu pengetahuan berkenaan corak iklim.
“Kita tidak boleh menolak hukum alam tetapi kita boleh berdepan dengan sentiasa peka terhadap nasihat dan amaran dikeluarkan pihak berkuasa antaranya Jabatan Meteorologi,” ujarnya.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip sebelum ini dilaporkan berkata, orang ramai perlu berwaspada terhadap risiko cuaca panas dan gelombang haba lebih ekstrem tahun ini susulan fenomena Super El Nino.
Menurutnya, keadaan iklim itu dijangka mencapai kemuncak pada penghujung tahun hingga awal tahun depan dengan kehadiran Super El Nino kuat, berpotensi meningkatkan suhu maksimum harian sehingga 0.7 darjah Celsius berbanding suhu kebiasaan.
Malah katanya, keadaan itu diburukkan lagi dengan isu pemanasan global yang semakin ketara sejak kebelakangan ini, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya cuaca panas melampau.
Super El Nino turut dijangka memberi kesan terhadap taburan hujan negara ketika MTL 2026/2027 yang berlaku antara November hingga Mac depan.
Sebelum ini, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Awam Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof. Madya Dr. Norazian Mohamed Noor memberitahu, fenomena El Nino tidak lagi boleh dilihat sebagai kitaran iklim biasa sebaliknya telah berubah menjadi fenomena lebih ekstrem, kompleks dan memberi impak sistemik.
Katanya, cabaran utama bakal dihadapi bukan sekadar berdepan cuaca panas, tetapi sistem iklim semakin tidak menentu akibat interaksi antara El Nino dan perubahan iklim global.
Malaysia pernah berdepan cuaca terpanas pada 1997 dan 1998 iaitu di Chuping, Perlis yang menyaksikan suhu 40.1 darjah Celsius, rekod suhu tertinggi di negara ini.
