LIMBANG,16 Ogos: Bomba mengambil masa dua jam memadam kebakaran belukar Kampung Kelapa Mawar seluas setengah ekar petang ini.
Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Pegawai Bomba Ramlan Marajan berkata sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian yang jauhnya 11 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1 petang.
“Setiba pasukan dI lokasi, kebakaran melibatkan hutan belukar (gambut) di Jalan Kampung Kelapa Mawar yang terbakar seluar setengah ekar.
“Pasukan operasi bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel dan dari foating pam (kampung) air terbuka,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi yang diserta enam pegawai dan anggota melibatkan dua kenderaan bomba itu berjaya ditamatkan pada jam 3.10 petang.
Pada Khamis lepas, anggota bomba terpaksa mengambil masa dua hari memadam kebakaran hutan belukar di Kampung Buangkuati yang berjaya dipadam sepenuhnya pada Jumaat lepas. -TVS
DARO, 16 Ogos: Sebanyak 25 hektar daripada keseluruhan 29 hektar kawasan kebakaran hutan di Kampung Kut berjaya dipadamkan dalam operasi hari ketujuh yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini.
Operasi diketuai PBK I (TBK I) Abu Hady Harry bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dengan menggunakan sebuah CFRT dan dua kenderaan pacuan empat roda (Hilux).
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.50 pagi sebelum taklimat operasi diberikan pada jam 9 pagi.
“Tiga pasukan kemudiannya digerakkan ke tiga sektor, masing-masing di belakang stesen minyak, Jalan Besar serta kawasan berhampiran menara telekomunikasi.
“Operasi pemadaman diteruskan sehingga jam 5 petang dengan bantuan dua jentera excavator bagi membuat fire break bagi menghalang api daripada terus merebak,” menurut kenyataan tersebut.
Sumber air dari parit dan dam turut digunakan bagi membantu kerja-kerja pemadaman.
Setakat operasi hari ini, masih terdapat baki empat hektar kawasan yang belum dipadamkan dan operasi akan disambung esok.
Antara cabaran yang dihadapi pasukan ialah liputan GIRN yang kurang memuaskan, cuaca panas dan kering menyebabkan api cepat merebak, kekurangan sumber air serta akses jalan yang sempit.
Operasi turut dibantu lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga kontraktor excavator dan tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS).-TVS
25 hektar kebakaran hutan di Kampung Kut berjaya dipadamkan
DARO, 16 Ogos: Sebanyak 25 hektar daripada keseluruhan 29 hektar kawasan kebakaran hutan di Kampung Kut berjaya dipadamkan dalam operasi hari ketujuh yang dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini.
Operasi diketuai PBK I (TBK I) Abu Hady Harry bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dengan menggunakan sebuah CFRT dan dua kenderaan pacuan empat roda (Hilux).
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.50 pagi sebelum taklimat operasi diberikan pada jam 9 pagi.
“Tiga pasukan kemudiannya digerakkan ke tiga sektor, masing-masing di belakang stesen minyak, Jalan Besar serta kawasan berhampiran menara telekomunikasi.
“Operasi pemadaman diteruskan sehingga jam 5 petang dengan bantuan dua jentera excavator bagi membuat fire break bagi menghalang api daripada terus merebak,” menurut kenyataan tersebut.
Sumber air dari parit dan dam turut digunakan bagi membantu kerja-kerja pemadaman.
Setakat operasi hari ini, masih terdapat baki empat hektar kawasan yang belum dipadamkan dan operasi akan disambung esok.
Antara cabaran yang dihadapi pasukan ialah liputan GIRN yang kurang memuaskan, cuaca panas dan kering menyebabkan api cepat merebak, kekurangan sumber air serta akses jalan yang sempit.
Operasi turut dibantu lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga kontraktor excavator dan tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS).-TVS
PETALING JAYA – Percutian 16 rakyat Malaysia ke Labuan Bajo, Indonesia bertukar cemas apabila hotel yang didiami mereka rosak ekoran kejadian gempa bumi.
Menerusi perkongsian di Thread Anason.Travel, kesemua mereka melancong ke lokasi tersebut sejak 11 Ogos sehingga semalam dan kejadian gempa itu berlaku ketika kumpulan berkenaan dijadual berangkat pulang ke Malaysia.
Menurutnya, pihak kedutaan turut menghubungi mereka bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan kesemua pelancong selepas bencana tersebut berlaku.
“Terkena (dilanda) gempa hari nak balik (Malaysia). Kedutaan hubungi tanya keadaan, hotel rosak tetapi kami selamat. Alhamdulillah dah selamat sampai rumah,” katanya.
Pada masa sama, pemilik akaun tersebut turut mengingatkan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara supaya mendaftarkan nama di kedutaan bagi memudahkan pihak berkuasa menghubungi dan membantu sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Terdahulu, angka korban akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Pulau Flores di Indonesia awal pagi semalam meningkat kepada 47 orang, dengan ratusan rumah dan kemudahan awam mengalami kerosakan. – KOSMO! ONLINE
SHAH ALAM: Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran belukar daripada merebak ke taman perumahan berhampiran di Jalan Kampung Batu Tujuh, Shah Alam berhampiran Jalan Kebun, petang tadi.
Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Noor Azreal Abd Ghani berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kira-kira jam 7.15 malam sebelum tujuh anggota digerakkan ke lokasi.
“Sebaik sampai di lokasi, kita dapati api sedang marak di beberapa kawasan dengan anggaran keluasan 100 kali 150 kaki persegi.
“Punca kebakaran belum dapat dikenal pasti sebab tiada kesan pembakaran sampah secara terbuka, tetapi kita dapat mengawal api daripada merebak,” katanya ketika ditemui Buletin TV3, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira sejam menggunakan hos khas sepanjang 400 kaki dan dua nozel untuk mengawal sepenuhnya kebakaran di kawasan tanah wakaf berkenaan.
Menurutnya, kawasan Jalan Kebun dan sekitarnya sentiasa mudah terancam kebakaran ketika cuaca panas berikutan geografinya yang bertanah gambut.
Bagaimanapun, beliau berkata kejadian itu adalah yang pertama berlaku setakat ini dan pihaknya sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa.
Beliau turut menasihatkan penduduk sekitar supaya tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelakkan kejadian luar kawalan.
Gempa bumi: Malaysia masih selamat
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: Malaysia masih selamat daripada sebarang ancaman gempa bumi termasuk impak terhadap kerosakan struktur bangunan.
Ini kerana, kejadian gempa yang berlaku di negara ini secara umumnya berintensiti rendah dan tidak memudaratkan harta benda atau mengancam nyawa.
Ketua Kluster Kelestarian dan Kesihatan Bumi, Akademi Profesor Malaysia (APM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, oleh itu Malaysia tidak memerlukan tindakan dasar atau pembinaan prasarana khusus bagi menghadapi risiko gempa bumi di negara ini.
Jelas beliau, Malaysia berada di atas kepingan tektonik Sunda yang mempunyai aktiviti tektonik kurang aktif berbanding kawasan yang terletak di sepanjang sempadan kepingan tektonik.
Katanya, keadaan tektonik negara tidak banyak berubah sejak dahulu dan dijangka kekal sedemikian pada masa akan datang.
Namun jelasnya, kecanggihan alat pengukuran serta peningkatan kesedaran masyarakat menyebabkan ancaman gempa bumi kini lebih dirasai oleh orang ramai.
“Gempa bumi adalah fenomena alam yang lumrah, ada tempatnya ia berlaku dengan sangat aktif. Contohnya, sepanjang sempadan kepingan tektonik, seperti di Sumatera, Kepulauan Jawa, Filipina dan Jepun.
“Malaysia, terutamanya pantai barat Semenanjung Malaysia menerima kesan gempa bumi yang berlaku di Sumatera. Jika gempa bumi bermagnitud besar, bangunan tinggi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur boleh bergoyang.
“Beberapa peristiwa lepas menunjukkan gegaran ini tidak merosakkan struktur bangunan. Oleh itu, dengan piawaian pembinaan bangunan sedia ada, Malaysia masih selamat daripada ancaman gempa bumi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas persediaan negara menghadapi fenomena berkenaan, Ibrahim berkata, pendekatan pendidikan awam dan tindakan pencegahan kendiri memadai untuk meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat tanpa memerlukan langkah berskala besar.
Katanya, keadaan di Sabah khususnya Ranau dan Tawau memerlukan pendekatan yang berbeza kerana risiko di kedua- dua kawasan itu lebih khusus berbanding kebanyakan kawasan lain di negara ini, namun ia boleh ditangani melalui pengurusan guna tanah yang baik.
“Di Sabah, terutamanya di kawasan Ranau dan Tawau, kita boleh berhadapan dengan gempa bumi bermagnitud sederhana. Dengan pendidikan awam dan pengurusan guna tanah yang baik, ia bukan menjadi isu bencana alam yang perlu dirisaukan.
“Hanya di Ranau dan Tawau, pencegahan berasaskan pendekatan guna tanah dan atau reka bentuk pembinaan yang mesra risiko bencana diperlukan,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah dan Penyelidik Kejuruteraan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ir. Dr. Rozaina Ismail pula berkata, gempa susulan sememangnya boleh berlaku selepas kejadian gempa utama, terutama dalam tempoh beberapa jam, hari atau minggu.
Bagaimanapun, bilangan dan magnitud gempa susulan lazimnya berkurangan secara beransur-ansur mengikut masa, selain masa dan lokasi kejadian itu tidak dapat diramalkan dengan tepat.
“Kita tidak seharusnya panik dengan kejadian gempa yang berlaku di Indonesia, tetapi kita juga tidak boleh mengambil mudah.
“Risiko gempa di Malaysia mungkin lebih rendah berbanding negara seperti Indonesia atau Jepun tetapi ia bukan sifar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurutnya, sekiranya gempa susulan berlaku berhampiran sumber gempa yang sama dengan magnitud dan kedalaman yang sesuai, gegarannya berpotensi dirasai semula di Malaysia khususnya kawasan yang lebih hampir dengan sumber tersebut.
Beliau berkata, kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 di Semenanjung Minahassa, Sulawesi kelmarin menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan pantai timur Sabah termasuk Tawau, Semporna dan Lahad Datu.
“Jadi, masyarakat perlu melihat kemungkinan gempa susulan sebagai risiko yang perlu dipantau bukannya sesuatu yang menimbulkan panik,” katanya. – UTUSAN
