KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di seluruh negara sehingga Rabu (20 Mac) dengan sembilan daripadanya melibatkan strok haba dan 18 lagi kes kelesuan haba.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam laporan ringkas mengenai status cuaca panas bertarikh 21 Mac, satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan di Pahang.
"Kes-kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh," menurut laporan itu yang memetik sumber Kementerian Kesihatan.
Dari segi pecahan kes mengikut negeri, Kedah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lapan kes, Perak (tujuh), Selangor (tiga), Negeri Sembilan (tiga), Sabah (dua), Perlis (dua), Johor (satu) dan Pahang (satu).
Mengenai storan empangan, Nadma memaklumkan sehingga 20 Mac, terdapat dua empangan menunjukkan penyusutan baki stok simpanan air mentah dan berada pada paras kritikal iaitu Empangan Sembrong Barat di Johor (33.64 peratus) dan Empangan Air Hitam di Pulau Pinang (35.80 peratus).
Dalam pada itu, Nadma berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi tumpuan terhadap lebih 652 kawasan titik panas kebakaran di seluruh negara susulan fasa akhir Monsun Timur Laut.
"Selangor, Johor dan Sarawak antara negeri tertinggi yang direkodkan berlaku pengulangan insiden melibatkan kebakaran kategori lalang, kebun, hutan dan pelupusan sampah," kata Nadma.
Menurut Nadma, cuaca panas ketika ini merupakan fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei menyaksikan suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. Berdasarkan analisis model-model cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius masih melanda kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh ramalan tujuh hari ke hadapan. - Bernama
PETALING JAYA: The damp air resulting from cloud seeding operations carried out in the northern states will bring the mercury down a few notches and offer respite from the hot weather in the northern states, says the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).
It said the cooling effect is expected to last about one to three days.
"Strong winds at 1,524m (5,000ft) could have created rain clouds away from the planned location," it said in a statement on Friday (March 1).
MetMalaysia said the cloud seeding operation in all three areas was aimed at increasing the water capacity of the dams.
"MetMalaysia has given advice and technical expertise for the cloud seeding operations carried out by the National Disaster Agency and RMAF on Feb 27 and 28," it added.
SHAH ALAM: Pemaju projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi banjir kilat yang kerap berlaku di beberapa lokasi di Selangor termasuk di depan Pasar Borong Meru dan Sekolah Tinggi Klang, dekat sini, susulan pelaksanaan projek itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri, Ng Sze Han, berkata antara perkara perlu diteliti dan diambil kira pihak LRT3 ialah melakukan kerja pembersihan parit alir keluar di sepanjang Jalan Meru sehingga Sungai Klang dan menyemak pembinaan serta mengubah suai pembetung di kawasan Bulatan Kota.
"Masalah air bertakung juga terjadi apabila berlaku hujan lebat yang melampau pada ketika air laut pasang besar.
"Ia akan mengakibatkan berlaku aliran balik air kembali ke perparitan sepanjang Jalan Meru, seterusnya menyebabkan air melimpah dan mengakibatkan air bertakung," katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Dr Quah Perng Fei (PH-Bandar Baru Klang) mengenai punca air bertakung di perparitan sepanjang LRT3 terutama di depan Pasar Borong Meru dan padang Sekolah Tinggi Klang, setiap kali hujan lebat.
Sze Han berkata, antara punca utama dikenal pasti penyumbang berlaku air bertakung ialah sekatan di hilir perparitan ke sungai, terdapat mendapan dan sampah sarap serta halangan utiliti yang menyekat aliran perparitan.
"Dalam hal ini, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sudah berbincang dengan pihak LRT3 dan pemaju diarah membuat semakan, mengkaji punca kekerapan banjir, seterusnya mengemukakan langkah penyelesaian kepada masalah terbabit," katanya.
Sementara itu, Sze Han berkata, status kemajuan keseluruhan projek LRT3 mencapai kadar 93.88 peratus setakat Januari lalu dengan status kemajuan infra di Bandar Baru Klang bagi pembinaan landasan ialah 99.24 peratus, dan status kemajuan Bandar Baru Klang bagi pembinaan stesen sebanyak 91.03 peratus.
Beliau berkata, projek LRT3 dijangka siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada Mac 2025. – BERNAMA
SHAH ALAM: Paras air tujuh empangan di Selangor masih stabil walaupun negara sedang mengalami fenomena cuaca panas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim.
Beliau berkata, air di tiga empangan terbabit mencatat paras lebih 90 peratus, manakala empat lagi pada tahap 85 peratus ke atas.
"Kita (Selangor) masih bertahan lagi buat masa ini. Paras air tujuh empangan di Selangor berada pada tahap 85 peratus dan ke atas.
"Tiada yang kritikal... biasanya kalau (paras air empangan) bawah 70 peratus, kita akan mengambil langkah berjaga-jaga," katanya kepada pemberita di Wisma Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Izham berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau aduan kesan cuaca panas, setakat ini.
"Tiada apa-apa isu susulan cuaca panas atau kemarau, setakat ini... Selangor masih stabil. Saya menjangka kesan El Nino ini hanya mula terasa pada suku kedua, iaitu Jun nanti.
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda kebanyakan kawasan di lapan negeri, selain Putrajaya sehingga jam 7 malam ini.
Di Kedah, katanya, cuaca itu diramal di kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
"Di Selangor, cuaca itu diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); serta Johor (Muar, Batu Pahat dan Pontian).
"Di Sarawak pula, cuaca sama diramal di Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah membabitkan mawasan pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod)," kata hantaran itu.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Susulan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.