OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Banjir Sarawak: TUDM laksana penghantaran 4.3 tan bekalan makanan

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan bantuan penghantaran 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Sarawak.

TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, bekalan makanan tersebut terdiri daripada Makanan Sedia Dimakan atau Ready to Eat Food (RTEF) sumbangan CSR Zakat Tabung Haji dibawah Misi Bantuan Banjir Sarawak sebanyak 2,000 kotak.

 Penghantaran melalui penerbangan ‘logistic communication’ pesawat C130H dari No 14 Skuadron telah berlepas pada pukul 1 petang dari Pangkalan Udara Subang.

“Bekalan makanan ini dihantar ke dua tempat di Sarawak iaitu Kuching serta Miri dan akan diagihkan kepada mangsa-mangsa di kawasan bencana yang terlibat oleh pihak YFBM dan agensi pengurusan bencana negeri,” menurut kenyataan itu.

Misi penghantaran diketuai Mejar Muhammad Syahmin Abd. Rahim TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh pembantu juruterbang, Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin TUDM serta enam anak kapal yang lain.

Turut sama dalam misi ini adalah Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyelarasan Operasi Maritim (CPOM APMM), Leftenan Kolonel Mohd. Amir Alias TUDM dan Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puteri Fazlieznoor Yahaya bersama dua staf YFBM.

“TUDM akan terus komited dalam mendukung usaha dan kerjasama bersepadu semua pihak dalam membantu menyalurkan bantuan bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

“Misi bantuan penerbangan ini juga sebahagian daripada inisitatif Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) yang dilaksanakan oleh TUDM dalam membantu negara dan rakyat,” kata kenyataan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Edwin Banta santuni mangsa banjir di Selangau,Tatau

Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Parlimen Selangau, termasuk di daerah Tatau.

Lawatan beliau semalam bermula di PPS Dewan Serbaguna Sekuau dengan mengumumkan projek menyimen kawasan tempat letak kenderaan serta pemberian empat buah tangki air bagi manfaat Klinik Desa Sekuau.

Beliau kemudian meneruskan lawatan ke PPS Dewan Serbaguna Selangau dan mengumumkan sumbangan empat unit penghawa dingin bagi meningkatkan keselesaan penghuni PPS.

Turut mengiringinya dalam lawatan ini ialah Pegawai Daerah Selangau, Yalin Asan dan Penghulu Bansa Kucau.

Edwin berkesempatan melawat PPS SMK Tatau bersama Pegawai Daerah Tatau, Calvin Ligong dan meninjau keperluan mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut.

Sebelum ini, sumbangan keperluan asas turut disalurkan kepada PPS di bawah Parlimen Selangau, termasuk PPS Dewan Masyarakat Sekuau, PPS Dewan Serbaguna Selangau, PPS SJK (C) Tong Ah Selangau, PPS SK Bukit Arip dan PPS SMK Tatau.

Mengikut perkembangan terkini, beberapa PPS di Daerah Selangau telah ditutup setelah keadaan banjir pulih.

PPS terakhir yang ditutup di daerah itu termasuk PPS Dewan Serbaguna Sekuau, yang diumumkan oleh Pegawai Daerah Selangau pada  jam 12 tengah hari ini.

Bagaimanapun, di Daerah Tatau, PPS SMK Tatau masih beroperasi dan menempatkan 197 orang mangsa setakat jam 8.30 pagi.-TVS

Malaysia antara 5 negara dengan pencemaran plastik tertinggi dunia

PELABUHAN KLANG: Kerajaan merancang penggubalan kerangka dasar dan perundangan menyeluruh peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata langkah tersebut adalah antara usaha kerajaan dalam menangani pencemaran sisa plastik dan menguruskannya dengan lebih lestari.

Isu pencemaran plastik sebelum ini banyak bergantung kepada inisiatif di peringkat kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan bukan satu dasar yang menyeluruh.

"Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik.

"Sekarang kita banyak bergantung kepada undang-undang atau peraturan di peringkat PBT. Itu sahaja tidak cukup. Kita perlu ada perundangan bersifat nasional (menyeluruh)," katanya selepas merasmikan Kapal Pengumpulan Sisa 'Mobula 8' anjuran Marine Research Foundation (MRF) di Pulau Indah, hari ini.

Nik Nazmi berkata masalah pencemaran plastik adalah serius yang mana Malaysia menjadi antara lima negara dengan pencemaran plastik tertinggi di dunia yang mana ia turut menyumbang kepada masalah kesihatan dan banjir kilat.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata isu pencemaran plastik akan turut dibincangkan sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

"Sejak China mengetatkan peraturan (menghentikan pembelian hampir semua sisa plastik pada Januari 2018), Malaysia, Indonesia dan Filipina pula berdepan dengan masalah (kemasukan sisa plastik luar) ini.

"Jadi, kita akan bincang di peringkat ASEAN juga kerana masalah (pencemaran sisa plastik) bukan hanya masalah Malaysia sahaja," katanya.

Terdahulu, beliau mengalu-alukan sumbangan kapal pengumpul sisa plastik, Mobula 8 oleh The SeaCleaners iaitu badan bukan kerajaan (NGO) dari Switzerland kepada MRF sebagai inisiatif mengurangkan impak terhadap pencemaran plastik.

Nik Nazmi berkata, Mobula 8 akan ditempatkan di Kota Kinabalu, Sabah dan beliau berharap lebih banyak syarikat korporat atau NGO menghulurkan sumbangan membantu inisiatif penyelesaian pencemaran sisa plastik.

 

Malaysia palm oil output resilient despite flood disruption, says MPOB

KUALA LUMPUR: Malaysia's palm oil production remained resilient despite potential disruption from floods that have hit several states in recent months, the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) said on Monday.

"While localised disruptions may occur due to temporary waterlogging and harvesting delays, the overall impact on the country's production is expected to be manageable," MPOB director general Ahmad Parveez Ghulam Kadir told Reuters.

The Malaysian Meteorological Department said last month that the Northeast Monsoon, which began on November 5 last year, was expected to continue until March. Continuous heavy rainfall over a period of a few days could cause floods in low lying and flood prone areas, it warned.

Malaysia experienced its most severe flooding in decades in November last year, displacing more than 90,000 people. Another wave of floods in January forced thousands from their homes in the southern state of Johor, as well as in Sarawak and Sabah on the island of Borneo.

Sarawak and Sabah account for some 55 per cent of Malaysia's 5.61 million hectares of palm oil plantations, and were responsible for 43.6 percent of crude palm oil production last year.

 

Ahmad Parveez said the MPOB would work closely with growers to help the industry recover.

"While some short-term effects are possible, Malaysia's palm oil sector is well-prepared to safeguard its output and ensure steady global supply," he said.

When asked about future palm oil demand from key, Ahmad Parveez said demand from India, China, and Europe was stable.

In India, he said refiners have shifted towards soybean oil due to better refining margins, but demand is expected to pick up ahead of the Muslim fasting month of Ramadan. I

In China, future imports will depend on price competitiveness and overall market conditions, he added.

"In Europe, demand remains relatively stable, though the delay in the EU Deforestation Regulation (EUDR) means there is no longer an urgency to stockpile. Imports may fluctuate based on price movements and how the industry adapts to regulatory changes.

"Palm oil's competitiveness against soybean and sunflower oil will be the key factors influencing short-term demand trends in these markets," he said.

 

Gubal RUU atasi masalah pencemaran plastik seluruh negara

KLANG – Kerajaan akan mengubal Rang Undang-Undang (RUU) menyeluruh bagi menangani pemasalahan plastik di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini kerana undang-undang atau peraturan sedia ada banyak bergantung di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

 Katanya, berdasarkan rekod mendapati setiap rakyat negara ini menyumbang kepada 2.4 kilogram pembuangan atau pencemaran plastik.

“Walaupun Malaysia bukan negara yang besar, namun kita antara lima negara dengan pencemaran plastik tertinggi di dunia yang menyumbangkan kepada masalah kesihatan, banjir kilat dan lain-lain.

“Jadi sebab itu kita sedang lihat dalam RMK13 sama ada kita boleh ada satu perundangan di peringkat nasional bagi mengatasi pencemaran plastik ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan kapal pengutip sampah, Mobula 8 di Pulau Indah Marina, hari ini.

Menurut Nik Nazmi, dasar perundangan berkaitan plastik ini juga tidak seragam dan menyeluruh susulan turut bergantung kepada inisiatif kerajaan negeri dan korporat.

 “Kalau tengok Selangor dan Pulau Pinang sudah agak ke depan selain Kuala Lumpur serta Sabah pun sudah mula (dalam atasi masalah plastik).

“Namun banyak tempat belum ada sebarang inisiatif. Kita juga lihat inisiatif di peringkat korporat misalnya ada rangkaian pasar raya yang sendiri perkenalkan dasar tiada plastik. Tetapi dia tidak seragam dan tidak satu dasar menyeluruh,” katanya.

Mengulas mengenai Mobula 8, beliau berkata, ia merupakan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Switzerland iaitu The SeaCleaners kepada Yayasan Penyelidikan Marin di Kota Kinabalu, Sabah.

“Kita harap ia secara langsung dapat menimbulkan kesedaran dan meningkatkan momentum rakyat kita ke arah mengatasi masalah plastik belenggu negara selama ini.

“Menerusinya juga kita telah mempunyai dua keseluruhan kapal mengutip sampah dengan satu di Sungai Klang sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search