OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir di Kelantan, Pahang menurun

Mangsa banjir di Kelantan, Pahang menurun

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kelantan dan Pahang petang ini tetapi beberapa sungai masih berada pada paras bahaya.

Di Kelantan, masih ada 544 mangsa banjir setakat 5 petang ini berbanding 880 orang pagi tadi.

Semua mangsa membabitkan 150 keluarga itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, manakala tiga PPS termasuk di Machang ditutup hari ini.

Tiga daerah dilanda banjir ialah Pasir Puteh, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, tiga sungai melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 9.98 meter (m), diikuti Sungai Kelantan di Air Mulih, Pasir Mas (10.92m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.16m).

Di Kuantan, mangsa banjir di Pahang menurun kepada 477 orang daripada 204 keluarga di daerah ini dan Rompin setakat jam 4 petang ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, Kuantan ada 468 mangsa daripada 202 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing.

Di Rompin pula membabitkan satu PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Bukit Ibam yang menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, empat sungai di Pahang melepasi paras bahaya pada jam 4 petang ini, iaitu Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, di Kuantan; Sungai Rompin, di Jambatan Kuantan-Segamat, Rompin; Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran, Sungai Mentiga di Jambatan Chini, Pekan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search