OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa bah di Terengganu meningkat

Mangsa bah di Terengganu meningkat

Sebanyak 31 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka termasuk tujuh di Besut, empat di Dungun, dua di Kemaman dan masing-masing sembilan di Hulu Terengganu dan Setiu bagi menempatkan kesemua mangsa terjejas.

Nadma dalam laporan sama memaklumkan terdapat dua PPS baharu diaktifkan di Kuantan, Pahang membabitkan 164 mangsa daripada 72 keluarga manakala jumlah mangsa banjir di Pasir Puteh,

Kelantan kekal dengan 354 daripada 122 keluarga.

Menurut Nadma, tinjauan situasi Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di enam negeri berada pada paras bahaya iaitu Sungai Muda di Sik dan Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah); Sungai Arau (Perlis); Sungai Besut, Sungai Terengganu (Hulu Terengganu dan Setiu) di Terengganu; Sungai Rompin dan Sungai Pahang Cameron Highlands (Pahang); Sungai Sarang Buaya

(Johor) serta Sungai Kinabatangan (Sabah).

Sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Jamaluang di Batu Pahat, Johor, Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang dan Jalan Sungai Cok-Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search