OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dua kampung di Gerik terlibat banjir

Dua kampung di Gerik terlibat banjir

GERIK – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Hulu Perak untuk menempatkan 120 mangsa banjir yang berlaku di beberapa kawasan di sini semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, dua PPS berkenaan ialah PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II dan SMK Gerik.

“PPS SMK Sultan Idris Shah II menempatkan 24 orang mangsa dari lima buah keluarga dengan kesemua mereka berasal dari Kampung Air Panas.

“Sementara itu PPS SMK Gerik menempatkan 96 mangsa (31 keluarga) dari Kampung Padang,” katanya di sini hari ini.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan mangsa bencana di Perak mencecah 157 orang melibatkan 50 buah keluarga.

Baki 14 mangsa dari 37 buah keluarga itu merupakan mangsa ribut dari Matang yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Matang. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search