OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

'Kita husnudzon (sangka baik)... mungkin Indonesia tak perlu bantuan kita' - TPM Zahid

'Kita husnudzon (sangka baik)... mungkin Indonesia tak perlu bantuan kita' - TPM Zahid

IPOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung tawaran untuk membantu negara itu dalam usaha pemadaman kebakaran di Kalimantan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata tawaran itu disampaikan beliau sendiri ketika melakukan lawatan rasmi ke Jakarta dan bertemu Presiden Prabowo Subianto, membabitkan bantuan tiga helikopter, sebuah pesawat dan 55 anggota.

Tawaran berkenaan, katanya mencerminkan kesediaan Malaysia membantu negara jiran itu menangani kebakaran yang berlaku.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya menawarkan bantuan kerajaan dan rakyat Malaysia, namun sehingga kini kita belum menerima maklum balas terhadap tawaran itu.

"Mereka mengucapkan terima kasih atas tawaran bantuan ikhlas kita, tetapi bantuan itu masih belum disalurkan," katanya berucap pada majlis perasmian Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2026 bertemakan 'MADANI Siaga: Tanggungjawab Bersama' di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim.

Pada sidang media selepas majlis itu, Ahmad Zahid berkata NADMA dan Kementerian Luar turut mengutus surat kepada rakan sejawat masing-masing di Indonesia, namun belum juga menerima sebarang maklum balas.

"Kita melihat perkara ini secara positif dan menganggap mungkin mereka tidak memerlukan bantuan kita. Seperti yang saya katakan, kita 'husnudzon' (bersangka baik) terhadap mereka," katanya.

Ditanya sama ada Malaysia akan mempertimbangkan tindakan undang-undang, beliau berkata perkara itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti sama ada sebarang tindakan perlu diambil.

"Jika kita menjunjung semangat ASEAN dan menyelaraskan usaha bagi mencegah situasi seperti ini, itu lebih baik. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

"Pendekatan itu lebih wajar, selaras dengan semangat ASEAN, berbanding mengambil tindakan undang-undang," katanya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search