OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

10 kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 7 pagi ini

10 kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 7 pagi ini

KUALA LUMPUR: Sepuluh kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 7 pagi ini.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Johan Setia mencatatkan bacaan IPU 157, diikuti Shah Alam (156) dan Nilai (153).

Putrajaya dan Klang, masing-masing 152; Cheras (151); Seremban (130); Port Dickson (117); Batu Muda (110) dan Petaling Jaya (109).

Selain itu, 54 lokasi merekodkan bacaan IPU tahap sederhana.

Sementara empat lagi lokasi merekodkan bacaan IPU tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search