OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

SMART MAS-01 selamat tiba Kathmandu

SMART MAS-01 selamat tiba Kathmandu

Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) MAS-01 kini sedang bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal selepas tiba bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR).

Pasukan itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Nepal, kira-kira jam 12 tengah hari, waktu tempatan semalam.

Ketua Kontinjen MAS-01 memaklumkan, pasukan berkenaan kemudian menyelesaikan proses ketibaan dan protokol misi pada jam 4.30 petang waktu tempatan, termasuk urusan pelepasan logistik serta pengesahan manifest anggota.

Pasukan SMART kini sedang bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia di Nepal untuk menerima taklimat mengenai situasi semasa.

Penyelarasan seterusnya akan dibuat bersama Kedutaan Besar Malaysia dan agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi menentukan aturan penugasan pasukan berkenaan.

Laporan harian berkaitan perkembangan misi akan diselaraskan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kedutaan Besar Malaysia di Nepal.

Menurut laporan itu, kedudukan keseluruhan pasukan adalah baik dan tiada sebarang isu dilaporkan setakat ini.

Misi HADR MAS-01 ke Nepal adalah penugasan Pasukan SMART bagi membantu usaha kemanusiaan dan pengurusan bencana di negara berkenaan, dengan penyelarasan dibuat bersama pihak berkuasa tempatan serta Kedutaan Besar Malaysia di Nepal.

Penugasan pasukan akan ditentukan selepas taklimat situasi dan penyelarasan bersama agensi pengurusan kecemasan tempatan bagi memastikan operasi dapat dilaksanakan mengikut keperluan di lapangan.

Semalam, seramai 11 pegawai dan anggota pasukan SMART berlepas ke Nepal menaiki pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyertai misi kemanusiaan di kawasan bencana.

Antara objektif utama ketika ini adalah memberi bantuan kemanusiaan dan pelbagai aspek termasuk SAR.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search