OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Wanita minta bantuan semak mangsa banjir Nepal dipercayai mirip adiknya

Wanita minta bantuan semak mangsa banjir Nepal dipercayai mirip adiknya

KUALA LUMPUR: Seorang wanita memohon bantuan untuk membuat semakan keberadaan adik lelakinya susulan perkongsian gambar usaha mencari dan menyelamat mangsa banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet menyerupai adiknya.

Menerusi hantaran di Threads, wanita berkenaan, asmaliza11 berkongsi semula hantaran mengenai operasi menyelamat mangsa banjir di Rasuwa yang turut memaparkan beberapa individu diselamatkan pasukan penyelamat.

Wanita itu dipercayai memohon bantuan individu yang berada di lokasi berkenaan untuk membuat semakan sama ada individu dalam gambar yang dikongsinya adalah adiknya.

"Gambar pertama itu macam adik saya. Kalau ada yang di sana boleh tolong 'cross check' tak? Adik saya Zaki," tulisnya dalam hantaran itu

Bagaimanapun, setakat ini, belum dapat dipastikan identiti individu yang dipaparkan dalam gambar berkenaan atau sama ada Zaki adalah antara warga asing yang diselamatkan.

Dalam hantaran thread langtangvalley.nepal, menyatakan seramai 3,021 orang diselamatkan dari kawasan terjejas akibat banjir di Rasuwa, termasuk 338 warga asing dan operasi menyelamat masih diteruskan.

Untuk rekod tiga pendaki Malaysia antara rakyat negara ini yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet, Rabu lalu.

Tiga pendaki itu ialah Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27, dan Muhammad Zaki Othman, 29, dilaporkan gagal dihubungi ketika menjalankan aktiviti pendakian di Langtang Valley.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search