OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

2.83 hektar hutan bukit terbakar di Shah Alam

2.83 hektar hutan bukit terbakar di Shah Alam

SHAH ALAM – Kebakaran hutan bukit berhampiran Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di sini hari ini membabitkan kawasan seluas 2.83 hektar.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 1.01 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa atau struktur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.01 tengah hari.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran itu meliputi hutan bukit seluas tujuh ekar (2.83 hektar) di sekitar kawasan berkenaan. Namun, kejadian itu tidak melibatkan struktur dan mangsa,” katanya malam ini.

Tambah Ashrul, kerja pemadaman menggunakan firebeater dan pam air jentera masih dilakukan sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search