OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Jerebu: Penutupan sekolah di Serian dilanjut hingga Jumaat

Jerebu: Penutupan sekolah di Serian dilanjut hingga Jumaat

KUCHING: Penutupan sementara sekolah-sekolah yang terjejas akibat jerebu di kawasan Serian dilanjutkan sehingga esok.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) memaklumkan keputusan itu dibuat susulan satu sesi libat urus bersama pengetua serta guru besar sekolah menengah dan sekolah rendah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian.

“Keputusan ini dibuat agar tidak membebankan pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa serta murid-murid terutamanya yang melibatkan sekolah berasrama.

“Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut JPNS menerusi kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, institusi pendidikan juga perlu peka dengan perkembangan semasa dengan merujuk Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) bagi memantau tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan atau daerah masing-masing.

Menurut APIMS, Serian merekodkan IPU 178 setakat 4 petang ini, sekali gus berada dalam kategori tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan. – BERNAMA

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search