OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran Pasar Borong Selangor padam sepenuhnya, tunggu bantuan jengkaut bongkar sisa runtuhan

Kebakaran Pasar Borong Selangor padam sepenuhnya, tunggu bantuan jengkaut bongkar sisa runtuhan

Serdang: Operasi memadam kebakaran di kawasan Pasar Borong Selangor, di sini, memasuki fasa kerja 'overhaul' selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.20 pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, tumpuan pihaknya kini beralih kepada pemeriksaan menyeluruh di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

"Bantuan sebuah escavator (jengkaut) turut ditunggu bagi membongkar sisa runtuhan untuk memastikan benar-benar tiada mangsa terperangkap.

"Pegawai forensik juga sudah tiba," katanya dalam kenyataan ringkas, pagi hari ini.

Terdahulu, dilaporkan JBPM berdepan risiko tinggi ketika memadam kebakaran di Pasar Borong Selangor, di sini, susulan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis yang terbakar.

Beberapa letupan turut berlaku pada peringkat awal operasi, namun keadaan berjaya dikawal.

Kebakaran besar itu dilaporkan memusnahkan premis menjual barangan logam di dalam kawasan Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, Selangor.

Api yang marak turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan pasar.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search