OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa bumi 7.9 skala richter gegar kepulauan Filipina

Gempa bumi 7.9 skala richter gegar kepulauan Filipina

BEIJING, 8 Jun: Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda kawasan Kepulauan Filipina pada 7.37 pagi Isnin waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Menurut CENC, pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 40 kilometer dengan kedudukan 5.55 darjah utara dan 125.1 darjah timur.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gegaran dilaporkan turut dirasai di Sabah melibatkan Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.

“MetMalaysia sedang memantau perkembangan kejadian ini,” menurut hantaran itu.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berasingan berkata berdasarkan analisis, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata orang awam di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ini dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

“Sila dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan serta menghubungi talian hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. -TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search