Jalan utama Lahad Datu-Tawau runtuh sepanjang 50 meter
- Admin UKK
- Berita
Lahad Datu: Jalan Silam di sini yang menjadi laluan utama menghubungkan Lahad Datu ke Tawau runtuh sepanjang 50 meter di kedua-dua arah petang ini.
Pegawai Daerah Lahad Datu Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul berkata, kejadian kira-kira jam 2 petang berhampiran Kampung Dewata itu menyebabkan jalan berkenaan tidak dapat dilalui buat sementara waktu.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah telah membuat laluan lencongan sementara sebelum dapat dilalui kira-kira jam 6 petang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terjejas selain mematuhi arahan petugas keselamatan dan pihak berkuasa di lokasi kejadian.
