OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Gempa cetek 4.9 magnitud landa Indonesia, 20 cedera

Gempa cetek 4.9 magnitud landa Indonesia, 20 cedera

MAUMERE: Gempa bumi cetek 4.9 magnitud melanda timur Indonesia lewat malam tadi, merosakkan puluhan rumah dan mencederakan lebih 20 penduduk.

Gegaran itu berlaku pada kedalaman 10.4 kilometer, kira-kira 104 kilometer di timur Maumere, Nusa Tenggara Timur, tidak lama sebelum tengah malam Rabu, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut pegawai tempatan, Ismail Daton Ban, dua kampung di pulau kecil Adonara merasai kesan paling teruk, dengan lebih 100 rumah rosak dan sekurang-kurangnya 20 orang cedera.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) mencatat 48 gempa susulan dengan kekuatan sehingga 3.5 magnitud selepas gempa utama direkodkan.

Indonesia dan negara jiran sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, sebuah lengkungan aktiviti seismik dari Jepun melalui Asia Tenggara dan seluruh kawasan Pasifik.

Gempa berskala 9.1 melanda wilayah paling barat Aceh pada 2004, menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia.

Gempa cetek cenderung lebih merosakkan kerana gelombang seismik bergerak jarak lebih pendek melalui tanah dan sampai ke permukaan dengan tenaga yang lebih tinggi.-AFP/AGENSI

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search