OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mendapan tanah dikesan di Kampung Panglima Seman Ulu

Mendapan tanah dikesan di Kampung Panglima Seman Ulu

KUCHING, 26 Jan: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya telah menjalankan pemantauan tanah susur di sebuah kediaman di Kampung Panglima Seman Ulu di sini, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi(PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.40 pagi daripada seorang penduduk selepas berlaku mendapan tanah di kawasan rumahnya.

β€œSusulan itu, sebuah jentera EMRS dengan kekuatan dua anggota dari Pasukan Charlie BBP Petra Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

β€œHasil pemeriksaan mendapati hanya berlaku mendapan tanah dan tiada sebarang tanda atau pergerakan aktif tanah susur (tanah runtuh) dikesan di kawasan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan tidak membahayakan penghuni rumah, setelah berpuas hati dengan tahap keselamatan lokasi, pasukan bomba bertolak pulang ke balai.

JBPM menasihatkan penduduk supaya sentiasa peka terhadap perubahan struktur tanah, terutamanya selepas hujan berterusan, dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang tanda mencurigakan.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search