OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Mangsa banjir Bintulu terus dibantu, keperluan asas disalur

Mangsa banjir Bintulu terus dibantu, keperluan asas disalur

KUCHING, 13 Jan: Bantuan keperluan asas makanan telah disalurkan kepada mangsa banjir di beberapa lokasi terjejas di Segan Silas, Bintulu menerusi Jawatankuasa Bencana Bintulu.

Agihan bantuan tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Bintulu serta pasukan DUN N.67 Jepak bagi memastikan bantuan sampai kepada penduduk yang memerlukan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak,Iskandar Turkee, usaha bersepadu pelbagai agensi ini amat penting dalam meringankan beban mangsa yang terkesan akibat bencana banjir.

β€œAlhamdulillah, bantuan keperluan asas makanan dapat disampaikan kepada penduduk terjejas. Terima kasih kepada semua agensi dan pasukan yang terlibat yang bertungkus-lumus memastikan kebajikan mangsa terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau turut menegaskan bahawa pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan mangsa banjir di kawasan terlibat sentiasa diberi perhatian. – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search