OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

METMalaysia jangka tujuh episod hujan lebat hingga Mac 2026

METMalaysia jangka tujuh episod hujan lebat hingga Mac 2026

KUCHING, 10 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang ramai agar bersiap siaga menghadapi hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka berterusan sehingga Mac 2026.

Dalam satu kenyataan, METMalaysia memaklumkan bahawa sepanjang tempoh MTL, antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku.

“Hujan lebat berterusan bagi tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan berhampiran sungai dan kawasan berkedudukan rendah.

“Tiupan angin timur laut yang berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta meningkatkan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan daerah Bintulu, Miri dan Subis. – TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search